Suzuki GSR1000 Bakal Di Pasaran Dunia 2015?

Suzuki GSR1000 Bakal Di Pasaran Dunia 2015?

Suzuki GSR1000 Bakal Di Pasaran Dunia 2015 | Menurut sumber dari majalah permotoran Jerman Motorrad. Suzuki bakal menunjukkan model terbaru Suzuki GSR1000 khas untuk pasaran seluruh dunia bermula 2015. Mengesahkan spekulasi ini, Suzuki mungkin bakal pertontonkan buat kali pertama pada umum di pameran Intermot pada Oktober 2014 ini.

Suzuki GSR1000 yang di asaskan dari model Suzuki GSX-R1000 dan tanpa fairing utama, mengunakan kerangka dan enjin 4 silinder sebaris 999cc dari model yang sama dan kuasanya di anggarkan sekitar 150hp. Suatu angka yang cukup besar untuk sebuah streetfighter atau streetnaked malah lebih anjakan dari GSR750.

Dengan munculnya model terbaru ini, GSR1000 di lihat sebagai petanda baik buat syarikat yang berpengkalan di Hamamatsu kerana Suzuki di lihat mula kembali memainkan peranan antara pencabar serius dalam segmen model 1liter seperti terhasilnya V-Strom 1000 dan GSX1250FA untuk pasaran 2014.

Malah Suzuki juga mula kembali program MotoGP setelah kemelesetan global sebelum ini. Apa yang pasti Suzuki GSR1000 akan menjadi permulaan dalam barisan model terbaru dari Jepun ini. Sumber : Motorrad

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon