Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Yamaha XJ6 SP 2014 | kesinambungan keunggulan Yamaha berterusan di 2014, merupakan antara model jalanan yang popular di seluruh dunia dan juga Malaysia. Sentiasa mempersembahkan gaya yang menarik. Pengendalian yang mudah dan prestasi cemerlang dalam menyampaikan persembahan unggul dalam setiap keadaan tunggangan.

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Yamaha XJ6 SP 2014 di pertingkatkan dari model 2013. Ciri-ciri kerangka ringan berbentuk tiub, sistem suspensi sporty, hendal di reka secara ergonomik dengan gabungan ketinggian tempat duduk yang lebih rendah. Yamaha XJ6 SP mempunyai semua yang diperlukan untuk memberi segala kenikmatan kepada penunggang dengan pengendalian yang lebih mudah dan ketangkasan tunggangan yang memberikan keterujaan pada penunggang.

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Nadi utama motosikal serba boleh ini adalah enjin 4 silinder 600cc DOHC, sejukan cecair dan suntikan bahan api . Enjin 4 silinder condong dengan 4 injap setiap silinder itu mampu menghamburkan kuasa maksimum  57.0 KW (77.5PS) pada 10,000 rpm dan 59.7 Nm (6.1 Kg-M) pada 8,000 rpm dan penghantaran kuasa adalah dengan cara yang tetap jaringan enam gear kelajuan.

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Dan untuk melengkapkan pakej model XJ6 SP ini turut di lengkapi dengan brek dwi cakera depan dan sisi panel baru lebih anggun, serta pelindung muffler dan dan tangki bahan api 17 liter yang mampu menampung untuk jarak perjalanan jauh. Tidak di nafikan Yamaha XJ6 SP 2014 adalah mampu sebagai model aktiviti harian anda.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

6 comments

Perghhh! tertahan tahan melihat motor cantik sebegini.

Suami mesti minat bike kan? tak minat banyak pun mesti minat sikit2 tak pun dalam diam2 hehe

Tak ada info lagi mengenai HLYM bawa masuk model SP, mungkin pengimport ada.

tapi ada ura2 kata fz6r nak masuk kan,tgk dari fizikal macam xj6 sp sama ngan fz6r..tapi betul ke fz6r akan ganti xj6 diversion?

ada persamaan dari segi casis dan enjin, kemungkinan tu ada, tapi masih belum dapat info rasmi dari HLYM, banyak rumours mengenai model2 baru yang HLYM akan bawa masuk cth R25


EmoticonEmoticon