Yamaha YZF-R1 2015 - Rumours Enjin 4 Silinder 230hp Dan DCT?


Yamaha R1 2015 | Australian Motorcycle News menyatakan Yamaha R1 2015 serba baru di lihat buat kali pertama semasa ujian kali pertama di Litar Eastern Creek International Speedway, Australia baru-baru ini.

Bersama rumours dari gambar yang di lihat ini, Yamaha akan menghasilkan dua versi jentera Yamaha YZF-R1 2015, satu untuk versi pasaran jalanan dan satu lagi versi perlumbaan atas undang-undang homologasi (bermakna Yamaha akan kembali ke WSBK).

Dari perkembangan yang selanjutnya, kedua-dua versi model YZF-R1 di lihat hampir menyamai rekabentuk luaran model YZF-R6 dan masih kekal mengunakan konfigurasi enjin 4 silinder sebaris dengan sistem crossplane. Dengan berita ini maka rumours sebelum menyatakan R1 akan mengunakan versi enjin 3 silinder berakhir. Selain itu Yamaha juga akan mengunakan sistem suspensi elektronik dengan sistem Traction Control yang telah di kemaskini.

Yamaha YZF-R1 juga di tawarkan dengan sistem transmisi dwi klac dan walaupun masih tiasa pengumuman mengenai butiran spesifikasi rasmi mengenai prestasi dan harga, namun enjin di anggarkan berkuasa sekitar 230hp bagi versi perlumbaan. Spesifikasi yang agak tinggi dan YZF-R1 di jangka hadir sebagai pencabar baru jentera spesifikasi perlumbaan khususnya kepada saingan Eropah seperti Ducati 1199 Panigale S, BMW HP4, dan Aprilia RSV4.

Yamaha di jangka akan mendedahkan Yamaha YZF-R1 2015 kepada umum samada di pameran INTERMOT atau EICMA yang di jangka pada akhir tahun ini. Kita akan melihat sejauh mana kebenaran rumours ini.




Sumber & imej : Australian Motorcycle News & motorcyclenews

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

Betul seakan Sebiji R6 tuuuu Bang.

Yuppp,apa pun kita tunggu hujung tahun ni


EmoticonEmoticon