Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Honda Wave 110i 2014, terbaru dari Honda dalam meneruskan tradisi antara model cub paling di percayai sejak evolusi dari model asal Super Cub 1958 yang menawarkan  model enjin 4 lejang yang tahan lasak, bersih, ekonomikal dari segi pengunaan bahan api selain responsif terhadap kemudahan pengunaan harian.

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Di kuasakan enjin 4 lejang 109.1cc, sejukan udara, SOHC, dua-injap pada satu silinder dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI mampu menghasilkan kuasa 6.28kW pada 7,500 rpm dan 8.65 Nm tork pada 5,500 rpm.

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Enjin yang menepati spesifikasi Euro3 itu menawarkan penjimatan hebat dengan tangki petrol sebanyak 3.7 liter mampu membawa sejauh 210km. Honda Wave 110i 2014 sangat praktikal dengan keperluan lalu lintas bandar di samping kos penyelenggaraan yang rendah dan cemerlang (sangat sesuai bagi menghantar pizza ke rumah anda).

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Reka bentuk Wave 110i 2014 lebih ergonomik dengan kedudukan menunggang lebih selesa. Dimensi langsing bodywork Wave 110i juga memainkan peranan dalam keselesaan dan kemudahan penggunaan, menjadikan ia mudah bagi penunggang untuk meletakkan kaki lebih tepat di posisi ketika berhenti. 

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Panel instrumen Wave 110i lebih mudah di lihat dalam memberi informasi kepada penunggang. Meter kelajuan adalah dari jenis mekanikal dengan paparan kedudukan gear bercahaya, menjadikannya jelas apabila gear neutral telah di pilih.

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Roda 17 inci lima bilah depan dan belakang menjadikan Wave 110i lebih kukuh di jalan raya yang menyumbang kepada pengendalian lancar di samping sistem brek disk 220mm depan dan brek drum 110mm belakang memberi jaminan kawalan berhenti lebih stabil. Bodywork yang di lihat pada Wave 110i ini jelas mempamerkan teknologi canggih yang terpendam di dalamnya. 

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Ruang penyimpanan bersepadu Wave 110i adalah seluas 709mm dan mengandungi 7.1 liter ruang storan dalaman yang cukup besar untuk sebuah cub yang di lihat sederhana kecil. Mudah di akses dengan mengangkat kusyen tempat duduk, petak ini cukup besar untuk menyimpan sebuah fullface helmet dan tentulah sangat praktikal dan selamat bagi kaum wanita untuk menyimpan tas tangan dari risiko ragut ketika menunggang.

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Honda Wave 110i 2014 di datang dengan 2 warna khas Candy Lucid Red dan Pearl Procyon Black. Wave 110i di jamin praktikal, ekonomikal dan bergaya dengan kepuasan senyuman terpamer di wajah anda.

Honda Wave 110i 2014 - Praktikal, Ekonomikal Dan Bergaya

Spesifikasi Honda Wave 110i 2014

Engine TypeAir-cooled 4-stroke, SOHC, two-valve single-cylinder
Engine Displacement109.1cm3
CarburationPGM-FI electronic fuel injection
Fuel Tank Capacity3.7litres
Max. Power Output6.28kW/7,500min-1 (95/1/EC)
Max. Torque8.65Nm/5,500min-1 (95/1/EC)
StarterElectric / Primary kick
Ignition SystemComputer-controlled digital transistorised with electronic advance
Fuel Consumption35.2m/l (160 mpg - HUDC)
ClutchMulti Plate Wet Clutch & Automatic Centrifugal Clutch
Transmission Type4-speed; rotary
Ground Clearance135mm
Wheelbase1,227mm
Dimensions (L—W—H)1,870 x 709 x 1,080mm
Seat Height760mm
Frame typeBackbone; square pipe
Kerb Weight99.1kg
Wheels FrontAluminium cast wheel 17 x MT1.4
Brakes Rear110mm drum
Brakes Front220mm disc
Wheels RearAluminium cast wheel 17 x MT1.6
Suspension Front26mm telescopic fork
Price€2,529

I'm Big Fan Of Motorcycles

8 comments

Model ni dah masuk Malaysia ke? kalau tak, bila?

Belum lagi bro, masih belum official dari Boon Siew Honda

agak2 bila launching ni bro? dalam tahun ni or tahun depan?

masih belum ada brita official dari honda malaysia lagi

Cantik moto ni harap2 masuk malaysia tahun ni

Scene permotoran di Malaysia ini kebiasaanya jika sesuatu model baru agak lewat sedikit masuk di Malaysia

Kebiasaan Boon Siew Honda akan keluarkan dalam versi yang berbeza sedikit dari negara jiran


EmoticonEmoticon