Kawasaki KLX 150L 2014 Dual Purpose Di Lancarkan Di Malaysia - Spesifikasi, Harga Asas RM9,389

Kawasaki Malaysia Sdn Bhd secara rasmi telah melancarkan model Dual Purpose, Kawasaki KLX 150L 2014 yang lalu untuk meningkatkan lagi model pilihan dari jenama Kawasaki khususnya di Asia Tenggara, walaupun sedikit terlewat artikal review mengenai model baru ini di keluarkan, namun itu bukanlah persoalan untuk Arena Motor terus bergerak sebagai sumber Automotive News versi Bahasa Malaysia.

Kawasaki KLX 150L 2014 Dual Purpose

Kawasaki KLX 150L 2014 yang di kuasakan enjin 4 lejang, 1 silinder 144cc, sejukan udara menghasilkan 12hp pada 8,000rpm dan kuasa tork maksimum 11.3Nm pada 6,500rpm. Kuasa tork maksima hanya dapat di capai pada rpm yang agak rendah sedikit, namun untuk sebuah enjin 4 lejang 150cc dalam kategori Dual Purpose, ini lebih baik untuk mendapat kuasa apabila KLX 150L di bawa ke tempat sebenar ianya di cipta iaitu litar motorcross dengan berat kering hanya 115kg dan kapasiti penuh tangki petrol adalah 7 liter.

Kawasaki KLX 150L 2014 Dual Purpose

Kawasaki KLX 150L 2014 di lengkapi dengan sistem suspensi fork telescopik 33mm pada bahagian depan dan suspensi belakang Uni-Trak dengan spring boleh di laras 5 hala. Untuk sebuah mesin yang di cipta mampu menempuh pelbagai bentuk geografi bumi, KLX 150L di muatkan tayar depan bersaiz 21 inci dan tayar belakang 18 inci saiz 4.10 dengan sistem brek depan 2 piston mengawal cakera 240mm dan brek belakang 1 piston mengawal cakera 190mm, menjadikan KLX 150L mesin Dual Purpose yang lebih mudah di selenggara.

Kawasaki KLX 150L 2014 Dual Purpose

Kawasaki KLX 150L 2014 di dapati dalam dua warna, Black dan Lime Green, dan harga asas di jalan raya adalah RM9, 389. Sumber

Spesifikasi Kawasaki KLX 150L 2014


  • Engine: 4 stroke air-cooled SOHC 2 valve
  • Bore x stroke: 58 x 54.4 mm
  • Compression ratio: 9,5:1
  • Carburetor: Keihin NCV24
  • Ignition system: DC-CDI
  • Starter system: electric and kick
  • Transmission: 5 speed
  • Power: 11.53 rpm dk/8.000
  • Torque: 12 Nm/6.500 rpm
  • Type of housing: semi-double-cradle tubular
  • Front suspension: telekopik
  • Rear suspension: monoshock uni-track
  • Alloy Wheels: 1.60 x 18 and 1.85 x 21
  • Tires: 2.75-21 & 4.10-18 45P 59p
  • Brakes: disc
  • Weight: 115 kg
  • L x W x H: 2,080 x 770 x 1,145 mm
  • Wheelbase: 1,340 mm

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

9 comments

ade rezki lebih leh beli 1 abam titan, syokk ooo masuk kebun sawit

Salam..moto ni sesuai x di jadikan motard
Utk kegunaan onroad.antara klx150L ni dgn
Klx150 yg lma,mna lg bagus dri segi maintainan,
Speed,n lain2.mohon pencerahan dr abam2 n otai2
Smua.jasamu akn ku kenang n abadikan dlm diari iduku.

Klx 15ol lbih mahal ckit kn dr model lma.
Knp ye..??

tak ada masalah untuk convert motard, yang penting setting mesti bagus, dari segi comparison model mana lagi bagus, sememangnya perlu pandangan dari orang lama yang pakai model ini terlebih dulu.

Boleh tak letak widget yg bole share kt fb, tweet, g+ etc.. kt tmpt lain. Kacau pemandangan. Entri dah lawa presentation buruk.. but still, entri and isi2 kt website ni mmg gempak


EmoticonEmoticon