Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 - Aras Baru Standart Supersports 600cc

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 menetapkan piawaian baru dalam segmen kelas supersports 600cc dan ianya menjadi penanda aras kepada model saingan sekelas dalam persembahan dari segi pemanduan dan pengendalian. Dalam membina platform ZX-6R ABS, edisi 2015 mempunyai sentuhan eksklusif gaya yang unik untuk menjadiknya sebagai permulaan standart baru dalam kelas middleweight sportbike.

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 di gerakkan enjin 4 lejang 636 cc, DOHC, sejukan cecair, empat injap setiap silinder, sebaris empat enjin yang memindahkan kuasa untuk roda belakang melalui transmisi enam kelajuan. Di bantu dengan sistem sistem suntikan bahan api digital DFI, kuasa kuat yang terhambur lebih licin pada kuasa maksimum. Antara komponen terbaik lain yang di pasang pada enjin adalah sistem slipper klac kini di datangkan dengan sokongan komponen jenama F.C.C yang terbukti dalam dunia perlumbaan. Unit enjin ini di pasang pada bingkai rangka aluminium spar berkembar yang ringan yang memberi maklum balas pada penunggang yang cukup baik.

Sistem kawalan tunggangan Ninja ZX-6R ABS 2015 juga terbaik dengan sistem Selectable Power Modes memberikan penunggang ZX-6R pilihan untuk memilih antara mod  penghantaran kuasa enjin "full" dan "low" untuk memenuhi keperluan tunggangan. Gabungan sistem kawalan Kawasaki Traction Control (KTRC) memantapkan lagi kawalan Ninja ini dengan 3 mod berbeza yang memberi kawalan terbaik pada setiap putaran roda belakang.

Kawalan berhenti Ninja ZX-6R ABS 2015 juga antara terbaik pernah di pasang pada model 600cc. Sistem brek adalah dari jenis Nissin yang di gabung dengan sistem ABS dari Bosch dan KIBS, sistem multi-sensing, menggunakan input dari pelbagai sumber untuk mengumpulkan data dari setiap tekanan kaliper hidraulik, kedudukan pendikit, kelajuan enjin, menggerakkan klac dan kedudukan gear.

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015

Dari segi keseimbangan, Ninja ZX-6R ABS 2015 di lengkapi suspensi Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) dari jenis Showa pada bahagian depan dan sistem suspensi belakang Showa Bottom-Link Uni-Trak yang di tala cukup baik sebagai standart namun penunggang boleh mengubah mengikut setting sendiri.

Bodywork Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 menampilkan rekaan agresif namun lebih aerodinamik sesuai dengan ciri perlumbaanya. Lampu depan adalah dari jenis projektor dan LED belakang adalah ringan dan meter dari jenis skrin LCD sangat terang pelbagai fungsi termasuk KTRC, Power Mode dan Economical Riding (ECO) indicators. Petunjuk fungsi LCD tambahan termasuk meter kelajuan digital, odometer, dual meter perjalanan, jam, purata penggunaan bahan api segera, suhu penyejuk, dan petunjuk syif, aktiviti kawalan cengkaman dan lampu amaran-bahan api yang rendah dan menawarkan penampilan berteknologi tinggi yang moden 

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 Bagi tahun 2015, Ninja ZX-6R ABS 2015 ini tidak menerima apa-apa kenaikkan taraf utama drastik namun di lihat cukup hebat sebagai standart baru penanda aras model supersports 600cc dan satu-satunya perbezaan adalah bahawa versi standard kini boleh di dapati dalam warna Metallic Gray Matte Karbon / Flat Ebony.

Spesifikasi Kawasaki ZX-6R ABS 2015

EngineFour-stroke, liquid-cooled, DOHC, four valves per cylinder, inline-four
Displacement636cc
Bore x stroke67.0 x 45.1mm
Compression ratio12.9:1
Fuel injectionDFI® with four 38mm Keihin throttle bodies and oval sub-throttles
IgnitionTCBI with digital advance
TransmissionSix-speed
Final drive520 series sealed chain
Rake / trail23.5 degrees / 4.0 in.
Frame typeAluminum perimeter
Front tire120/70 ZR17
Rear tire180/55 ZR17
Wheelbase54.9 in.
Front suspension / wheel travel41mm inverted Showa SFF-BP fork with top-out springs, stepless compression and rebound damping, adjustable spring preload / 4.7 in.
Rear suspension / wheel travelBottom-link Uni-Trak® with gas-charged shock, stepless compression damping adjustment, 25-way adjustable rebound damping, fully adjustable spring preload / 5.3 in.
Front brakesDual 310mm petal rotors with dual radial-mount, Nissin four-piston, monobloc calipers and KIBS ABS
Rear brakeSingle 220mm petal rotor with single-piston caliper and KIBS ABS
Overall length82.1 in.
Overall width27.8 in.
Overall height43.9 in.
Fuel capacity4.5 gal.
Seat height32.7 in.
Curb weight428 lbs.
Color choicesMetallic Matte Carbon Gray / Flat Ebony
Warranty12 Months
Kawasaki Protection Plus12, 24, 36 or 48 months
Price$12,699

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon