Yamaha 135LC ES Orange/Black 2014 - Warna Baru Lebih Hebat

Yamaha 135LC ES Orange/Black 2014


Hong Leong Yamaha Malaysia meneruskan kesinambungan kreativiti ke atas model super cub mereka, Yamaha 135LC ES Orange/Black 2014 dengan mengeluarkan varian warna terbaru Orange/Black yang lebih menarik dan menyerlah sebagai tambahan pilihan bagi peminat dan bakal penunggang baru khususnya golongan muda.


Yamaha 135LC ES Orange/Black 2014 di kuasakan enjin 4 lejang 135cc SOHC, 4 injap, 1 silinder DiASil, sejukan cecair yang kuasa terkawal di bawah sensor kedudukan pendikit dan transmisi gear 5 kelajuan bersama sistem klac manual.

Di samping itu Yamaha 135LC ES Orange/Black 2014 masih kekal dengan ciri-ciri keselamatan dan penerapan teknologi terbaik seperti model terdahulu, seperti brek cakera depan belakang, roda dengan tayar tubeless, footstep belakang yang sporty, suspensi monocross, dan speedometer bergaya dengan suis anti kecurian. Di tambah dengan warna baru Orange/Black yang lebih memukau.

Yamaha 135LC ES Orange/Black 2014 di datang dalam harga asas RM 6720 (harga tidak termasuk pendaftaran, cukai & insurans) dan boleh di dapati di pengedar berhampiran. Sumber : BLH Motor FB

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

7 comments

saya servey harga nya sama juga rm6700, tengah nak pikir2 nak beli

harga di mana2 pun tak juah beza bro, kalau beli ada free gift lagi bagus

biasanya rate harga tak jauh beza, model yang edisi khas harga lebih sikit contoh kat atas

Harga skg d kena kan gst ??so berapa harga nye

Harga di lc135 sabah mencecah 9k di semenajung baru 6k.. jauh gila beza


EmoticonEmoticon