KTM 1290 Super Adventure 2015 - Maklumat Rasmi Pertama Dan Tarikh pelancaran

KTM 1290 Super Adventure 2015 - Maklumat Rasmi Pertama Dan Tarikh pelancaran | Bukan lagi rahsia bahawa KTM telah mereka bentuk sebuah model KTM 1290 Super Adventure baru untuk pasaran 2015. Walau bagaimanapun sehingga kini, tidak banyak maklumat rasmi mengenai model yang akan datang ini dari syarikat yang berpengkalan di Austria itu.

KTM 1290 Super Adventure 2015

Namun syarikat Austria ini telah membuat keputusan untuk melaporkan maklumat baru tentang segala makluman dan butiran spesifikasi rasmi KTM 1290 Super Adventure 2015 mereka yang akan menjadi versi sport touring dari model KTM 1190 Adventure yang sebelumnya. 

Khabar angin mengatakan bahawa model baru ini akan berkongsi enjin yang sama dengan model KTM 1290 Super Duke R. Walau bagaimanapun, masih belum dapat di pastikan adakah model 1290 Super Adventure di berikan output kuasa yang sama atau sedikit pengurangan kuasa dari segi penalaan. 

Antara sistem canggih yang di terapkan pada model 1290 Super Adventure ialah ia akan menampilkan sistem Kawalan Kestabilan Motosikal atau Motorcycle Stability Control (MSC), mod tunggangan yang pelbagai, sistem kawalan cengkaman dan ABS. KTM 1290 Super Adventure juga akan di pasang dengan tangki bahan api besar sesuai dengan fungsinya sebagai motorsikal pelbagai keadaan.

Selain itu, KTM 1290 Super Adventure ini di reka untuk menjadi pesaing dalam kategori adventure bikes atau dual-purpose seperti seperti Ducati Multistrada, Aprilia Caponord dan BMW R1200GS

KTM 1290 Super Adventure 2015

KTM 1290 Super Adventure 2015 di jangka akan di dedahkan sepenuhnya pada 30 September pada pameran Intermot di Cologne, Jerman. Sama -sama kita nantikan.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

1 comments so far


EmoticonEmoticon