KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500

KTM Malaysia CKD melalui Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd bersempena Hari Malaysia, secara rasmi telah melancarkan model Street Legal Supersports yang di tunggu-tunggu seluruh peminat permotoran di Malaysia iaitu KTM RC200 dan KTM RC390 setelah pelancaran rasmi di Itali yang lalu.

KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500

Menarik mengenai spesifikasi KTM RC200 dan KTM RC390, ianya di kuasakan enjin 199.5c, mampu menjana 25hp dan KTM RC390 dengan enjin 373.2cc mampu mencapai kuasa setinggi 44hp di gabung bersama rangka trellis yang di reka dengan jarak roda lebih pendek dan ruang kelegaan tanah lebih rapat. 

KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500

Dengan berat KTM RC200 adalah 137.5 kg dan KTM RC390 sekitar 147kg, KTM RC boleh di ibaratkan sebagai jelmaan jentera KTM Moto3 yang di adaptasi untuk tunggangan di jalanan dengan ciri-ciri ringan dan mesra pengguna.Antara ciri menarik pada KTM RC ialah ianya mengunakan sistem suspensi hadapan USD 43mm dari jenis WP, sama besar yang di gunakan pada model Superbike KTM 1190 RC8R.

KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500

Sistem brek hadapan jenis angkup 4 omboh dengan cakera ByBre 300mm dan brek belakang adalah jenis angkup omboh tunggal dengan cakera 230mm. KTM RC390 di datangkan standard dengan ABS manakala RC200 tanpa ABS. Ini bermakna produksi RC390 akan mempunyai hanya satu varian iaitu model ABS, manakala RC200 yang hanya boleh di dapati sebagai Non-ABS.

KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500

Dari segi estetika, KTM RC200 dan RC390 sememangnya cukup sempurna sebagai bintang sebenar dari Eropah, ianya adalah model dengan jiwa sebenar Eropah tanpa sedikit pun pengaruh dari model Jepun. Unik di lengkapi dengan lampu siang untuk lebih jelas, ekzos underseat dan kedudukan tunggangan yang sporty dengan tempat letak kaki di susun dengan cukup kemas.

KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500

KTM RC200 di datang dengan harga asas RM16,888 dan KTM RC390 dengan harga asas RM27,500. Pasti ramai yang tak tidur malam. Sumber: KTM Malaysia-CKD

I'm Big Fan Of Motorcycles

20 comments

admin, buat spec comparison RC200 dgn Z250sl..

wah wah pesaing baru nampaknya.. tgk dkt youtube kelakar je tgk awek tu bawa moto lpstu mati kahkah.

in shaa allah bro, coming soon, tq bagi cadangan

hehehe, yang penting posing tu cun bro, gaya dah ada, nanti lama2 expert tu

admin, nak tanya. tunggang ktm rc 200. lesen B2 boleh pakai tak ???

salam admin, antara rc200 dgn kawa z250sl..mana lg better?pndgn adminla...

wasalam, wow susah nak compare sebenarnya, dua2 i like hehehe, mana lagi baik kena lihat dari segi jangka masa panjang, maksudnya servis lepas jualan dan ketahanan model, buat masa ni dua bagus, tapi lebih berkenan ke rc200

salam admin tumpang tanye.....cmne maintainance die tinggi x??

Salam,
tanya sikit.. rc 200 ni ada masaalah mcm duke 200 tak. Bawak laju, begegar body dia?

Salam admin..
KTM RC125 mmg x masuk market malaysia ea?emm..nk merase main bike tp bajet copot..kehkeh

wasalam, buat masa ni cuma model 200, 125 belum ada info, tak apa pelan2 kayoh

pakai dah sebulan mileage dah 1,300. so far moto ni best, dari segi performance & handling memang antara terbaik. berbaloi beli RC 390

wow, jeles kami, tahniah bro, yang penting pandu cermat jiwa selamat, ingat selalu orang tersayang

Jentera yang mantap tapi agak kecl untuk penunggang berbadan besar macam aku nie. :) hehehe..

salam admin... rc 200 ada warna hitam sahaja, atau warna putih sekali? sebb bila check mudah pening laa tulis rc 200 tapi tgk betul2 kt fairing tulis 390. cemana sebenarnya warna rc 200 ni?

Admin nak tanye RC 390 tu dtg dengan slipper clutch ke?

Salam admin, nak tnye RC 390 kat malaysia dtg ngan slipper clutch ke?

setahu kami, model ni tiada slipper clutch

ketahanan motor ni ok x admin. klu rosak sng cri barang ganti tak


EmoticonEmoticon