KTM RC390 2015 Di lancarkan Secara Rasmi Di Modena, Itali - Harga Asas RM28,000


Seperti yang di laporkan Sinar Turbo FB yang lalu, KTM RC390 secara rasmi telah di lancarkan di Modena, Itali hari ini, dan seramai 19 wartawan permotoran dari seluruh dunia termasuk pelumba handalan dunia telah di beri kesempatan untuk menunggang uji model yang di katakan antara teringan dalam kelas sportbike 300cc. 

Dengan pengesahan dari pihak KTM CKD Malaysia sendiri bahawa KTM RC390 juga akan di lancarkan di pasaran Malaysia pada September tahun ini dengan pilihan powerparts yang boleh di pilih bakal pemiliknya. Harga asas KTM RC390 di anggarkan sekitar RM28,000 dan tempahan telah mula di buka.

Sedikit spesifikasi mengenai KTM RC390 ini, ianya di kuasakan enjin 1 silinder, 4 lejang DOHC sejukan cecair dengan suntikan bahan api kawalan elektronik Bosch dan KTM, mampu menghasilkan kuasa sekitar 44hp. Dengan casis ringan dan gabungan komponen peralatan terbaik seperti WP dan rekabentuk moden egronomik, tidak mustahil KTM RC390 bakal memecah dominasi Honda dan Kawasaki selepas ini. 














Sumber: Sinar Turbo FB

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments


EmoticonEmoticon