Moto Guzzi V7 II 2015 Di Lancarkan - ABS & Traction Control

Moto Guzzi telah mendedahkan gambar rasmi pertama dan spesifikasi model baru 2015, Moto Guzzi V7 II, masih kekal dengan versi Stone, Racer dan Special untuk tahun depan. Walaupun model ini telah di naik taraf namun sebahagian besar gayanya masih kekal sama.

Moto Guzzi V7 II 2015 Di Lancarkan - ABS & Traction Control

Moto Guzzi V7 II 2015 kini mempunyai kotak gear 6 kelajuan yang baru dengan nisbah gear yang telah di semak semula, sistem klac di perbaiki untuk lebih 'lembut' dan lebih mudah di gunakan, juga turut di lengkapi dua brek anti-kunci dan MGCT. Traction Control System adalah dari Moto Guzzi sendiri.

Moto Guzzi V7 II 2015 Di Lancarkan - ABS & Traction Control

Enjin baru Moto Guzzi V7 II lebih condong 4 ° ke hadapan, ke arah gandar depan dan rendah 10mm. Menurut Moto Guzzi, ianya memberi lebih estetika yang lebih baik dan mewujudkan ruang keselesaan lutut yang lebih untuk penunggang. Footpegs juga telah di turunkan sebanyak 25mm, untuk kedudukan menunggang yang lebih selesa. Dengan skim warna yang di ilhamkan dari tahun 1970-an, Moto Guzzi V7 II 2015 baru boleh di dapati dalam pasaran Eropah dan mungkin di Malaysia pada November 2014. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

5 comments


EmoticonEmoticon