Kawasaki Versys 650 2015 Bakal Di Lancarkan


Bagi peminat Kawasaki, anda perlu bersedia dengan kejutan awal model 2015 dengan Kawasaki bakal melakukan debut seperti gambar rasmi Kawasaki Versys 650 2015 yang telah bocor di internet ketika ini, malah Kawasaki USA juga telah mengesahkan bahawa Kawasaki Versys 650 serba baru ini akan datang di Amerika Syarikat sebagai model terbaru 2015. Pengumuman rasmi telah di tetapkan pada acara AIMExpo pada bulan Oktober, jadi masih belum ada sebarang spesifikasi dan harga rasmi lagi. 

Seperti yang kita lihat dalam foto, Kawasaki Versys 650 2015 mempunyai reka bentuk lampu yang di reka semula, lebih aerodinamik yang meningkatkan aliran angin sekitar penunggang. Enjin berkembar selari 650cc itu juga telah di olah, kini menghasilkan lebih kuasa kuda di samping proses pembakaran bahan api lebih baik. 

Perubahan lain termasuk sistem suspensi fork hadapan yang mempunyai fungsi redaman berasingan, jadi pelarasan fungsi rebound dan compression di buat di bahagian atas tiub fork. Sistem brek turut di naik taraf, perubahan daripada angkup, pad, master silinder, dan cakera brek dari model lama. 

Kapasiti tangki bahan api juga telah meningkat kepada 2 liter menjadi 21 liter (5.5 gelen). Cermin windscreen baru juga telah di pasang, mempunyai subframe belakang yang lebih kukuh, segalanya nampak hebat pada Kawasaki Versys 650 baru ini.







I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

9 comments

Mmg cantik.. kalau harganya 42k kebawah lagi cantikkkkk

yup bro, memang cantik design terbaru ni, cuma harga kalau dalam kemampuan mesti best seller

erm...berapakah seat height model terbaru ni..adakah perlu aku mncari lowering kit lagi..huhuu..i love mr versys..

jika tak silap kami ketinggian masih sama lagi

tokeh kedai ckp bulan ogos ade dlm pasaran

Ada juga yg cakap sama ada hujung April ataupun Mid May, Versys 2015 sudah ada dlm market, versi luar ada add ABS sistem, tak tau la kalau yg akan sampai ke Malaysia ni akan ada ABS juga.


EmoticonEmoticon