MV Agusta Brutale 800 RR 2015 Di Lancarkan - Lebih Ringan Dan Berkuasa

MV Agusta Brutale 800 RR 2015 secara rasmi di lancarkan | dengan MV Agusta sendiri mengeluarkan official pics pertama bersama butiran spesifikasi Brutale 800 RR yang di kuasakan enjin 3 silinder sebaris 798cc yang mampu menghasilkan 140bhp dan 86Nm tork dnegan berat kering hanya sekitar 168kg. Apa yang dapat di simpulkan dari nisbah angka ini, Brutale 800 RR sememangnya adalah nakedbike yang berspesifikasi agak buas.

MV Agusta Brutale 800 RR 2015

Dengan kuasa setinggi 140bhp bagi enjin 3 silinder 798cc itu, Brutale 800 RR telah di pasang dengan adjustable 8-level traction control system yang juga merupakan sebahagian dari sistem MVICS 2.0 (Motor and Vehicle Integrated Control System) yang turut melengkapi sistem kawalan pemanduan pintar, selain itu ianya turut di lengkapi MVICS-controlled fuel-injection system dengan 3 tetapan mode (sport, normal and rain) bagi menjadikanya ianya lebih bersifat mesra penunggang terutama bagi mereka yang baru berjinak dengan jentera naked berkuasa tinggi. Dan tidak ketingggalan unit EAS 2.0 quickshifter pada 6 gear kelajuan bagi memberi tindakbalas yang lebih jitu semasa tukaran gear lebih agresif.

MV Agusta Brutale 800 RR 2015

Bagi mengukuhkan dan mengimbangi pengendalian Brutale 800 RR, ianya di lengkapi dengan gabungan 2 jenis casis iaitu tubular steel trellis/aluminium plate chassis bersama single-sided swingarm yang turut memberi imej tersendiri Brutale, manakala sistem suspensi adalah dari jenis adjustable 43mm Marzocchi USD fork dan suspensi belakang Sachs monoshock. Unit brek adalah dari jenis Brembo dengan cakera 320mm depan bersama radial-mount calipers, dan ABS adalah alatan standart bagi model ini.

MV Agusta Brutale 800 RR 2015

Melihat dari segi nilai estetika, inilah kepakaran Itali, kuasa harus seiring dengan gaya luaran, bagi model Brutale 800 RR 2015, kepala silinder di beri warna merah dengan warna emas menyaluti fork depan, lampu belakang LED di reka lebih baik bagi memberi penyebaran cahaya lebih berkesan, roda adalah dari jenis 5-spoke aluminium alloy dengan tayar Pirelli Diably Rosso II tyres dan tidak ketinggalan unit alatan baru hydraulic chain tensioner. Dari segi kemasan warna, Brutale seakan tak akan kalah, gabungan warna Rosso Shock Perlato / Bianco Ice Perlato dan Grigio Avio Metallizzato / Nero Carbonio Metallizzato pasti akan menjadi tarikan utama pandangan mata kita.

MV Agusta Brutale 800 RR 2015

MV Agusta Brutale 800 RR 2015 dengan berat 168kg (kering), dan 1 tangki penuh minyak 16.6 liter, dengan harga sekitar € 13.980 di Eropah, ini adalah motorsikal yang hebat untuk anda beraksi di hujung minggu.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon