Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan - Bakal Pesaing Hebat Kawasaki Z1000

Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan - Bakal Pesaing Hebat Kawasaki Z1000. Suzuki secara rasmi melancarkan versi naked-GSX-R1000, lebih di kenali sebagai Suzuki GSX-S1000, Suzuki menyatakan dalam laporan akhbar terbaru ini “Inheriting the engine and main components of the GSX-R1000, this thrilling machine puts the feel of world-beating performance in your hands. Take it to the streets, take it on the open road and get comfortable stretching every ride into a journey,”. Ini menunjukkan betapa Suzuki serius sebagai pesaing terbaru kelas naked 1000cc.

Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan

Walaupun Suzuki masih belum mengeluarkan butiran spesifikasi rasmi, namun andaikan sahaja angka yang tercatat padanya masih dalam kategori yang menarik. Suzuki GSX-S1000 di kuasakan oleh enjin (versi jalanan yang di kemaskini) empat-lejang, sejukan cecair, DOHC, 999cc, empat silinder sebaris yang menjadi legenda warisan dari GSX-R1000. Enjin memberi tindak balas pendikit yang lancar dan segera dengan pecutan terkawal, dan di jangka kuasa yang terhasil dari enjin ini sekitar 125hp ke 140hp.

Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan

Menurut kenyataan Suzuki lagi, GSX-S1000 mempunyai traction control system dengan tiga mod pilihan, dan menjadi satu sistem yang agak maju. Sistem ini memeriksa kelajuan roda depan dan belakang, sensor kedudukan pendikit, sensor kedudukan engkol, dan sensor kedudukan gear 250 kali sesaat.

Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan

Penunggang boleh menetapkan sistem dengan mana-mana tiga mod pilihan atau mematikannya, GSX-S1000 juga mempunyai sistem ABS yang memantau kelajuan roda 50 kali sesaat.


Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan

Suzuki GSX-S1000 sememangnya menarik perhatian pada yang melihatnya buat pertama kali, dengan rangka dan swingarm dari jenis aluminium di tambah rekabentuk luaran agresif, fork hadapan jenis terbalik KYB 43mm.

Suzuki GSX-S1000 2015 Di Lancarkan

Cakera brek berkembar depan 310mm dengan kaliper Brembo 4 omboh jenis radial-mount, lampu kedudukan LED dan panel instrumen LCD, Suzuki GSX-S1000 baru kelihatan seperti alternatif pada Kawasaki Z1000 malah mungkin pencabar terdekat. Sedikit sporty dan lebih agresif daripada Yamaha FZ1 Fazer dan Honda CB1000RSumber

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon