Lineup Superbike Special Edition 2015 - Inspirasi Dari Litar Lumba

Lineup Superbike Special Edition 2015 | kemeriahan persaingan pasaran superbike pada 2015 semakin di rasakan, masakan tidak setiap pengeluar seperti sudah memahami karektor peminat yang dahagakan teknologi perlumbaan pada mesin yang mereka bakal miliki.

Malah pengeluar juga tahu kemenangan di litar hari ini adalah kemenangan di pasaran komersil esoknya. Begitu kuat faktor kecanggihan dan prestasi mesin perlumbaan di litar pada peminat sehinggakan setiap pengeluar mula meletakkan model special edition sebagai salah satu senjata ampuh di pasaran. Berikut adalah lineup superbike special edition 2015 yang di inspirasikan dari litar lumba.

1. Aprillia RSV4 RF 2015


Aprilia RSV4 2015

Aprilia RSV4 RF 2015 dengan matlamat yang “to be the absolute best uncompromising superbike, the street bike that comes the closest to being a real racing bike in terms of performance and effectiveness.” dengan model edisi khas RSV4 RF di datangkan dengan  Aprilia’s ‘race pack’ sebagai komponen standard, termasuk rim aluminium, race-spec Öhlins suspension dan warna khas yang di inspirasikan dari Aprillia WSBK.

Keseluruhan model 2015 telah di kemaskini, fairing depan yang lebih perlindungan dan lebih aerodinamik. lampu depan dan cermin juga di reka semula, di samping lampi siganl adalah dari LED. Kuasa kuda enjin V4 di tingkakan kepada 16bhp dengan kuasa yang terhasil ialah 201bhp pada 13,000rpm dan 115Nm tork pada 10,500 rpm dengan berat kering Aprillia RSV4 hanya 180kg.

Nisbah yang menarik dan juga menakutkan. Komponen dalaman enjin juga mendapat sentuhan dengan sistem pelinciran di reka semula, takungan minyak baru, sistem ekzos direka semula, dan nisbah gear yang disemak semula yang mengeksploitasi sepenuhnya ciri-ciri penghantaran kuasa enjin baru.

Tidak di lupakan sistem elektronik pintar dalam pengurusan prestasi enjin seperti  APRC electronics yang merangkumi  ride-by-wire engine management system, traction control, wheelie control, launch control and quick-shifter systems dan tidak di lupakan ABS. Bagi tahun 2015, Aprillia RSV4 RF di datangkan dalam edisi terhad hanya 500 unit untuk pasaran seluruh dunia. Ini model yang yang terlalu bagus inspirasi dari litar.

2. Honda CBR1000RR Fireblade SP - Marquez Replica


Honda CBR1000RR Repsol Edition

Honda dengan mudah memberi sedikit sentuhan pada CBR1000RR tanpa perubahan drastik, dengan meletakkan imej Repsol dan Marq Marquez, gaya dari MotoGP ini pasti akan mendatangkan impak di pasaran.

Honda Fireblade SP walaupun tanpa 200bhp, tetap sebuah mesin berprestasi tinggi dengan komponen terbaik yang juga di pakai dalam MotoGP seperti suspensi Ohlins yang melengkapi di depan dan belakang, Brek Brembo depan dengan angkup monobloc, tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP, windscreen aerodinamik, subframe belakang lebih ringan.

Komponen enjin juga mendapat sentuhan dengan kepala silinder uprated factory. Bagi menarik lebih perhatian bakal pelanggan, Honda menyediakan pelbagai aksesori lain seperti carbonfibre rear hugger, carbonfibre crankcase covers, tank pad dan fuel filler cover sets, comfort seat, maintenance stand, tank bag, black-tinted high windscreen, wheel sticker set, battery optimiser dan juga fairing scuff guards.

Honda CBR1000RR Fireblade SP Marquez Replica di lihat sebagai pakej menarik walaupun tidak sekuat 200bhp seperti pesaing kelas 1 liter lain, namun tetap memberikan prestasi hebat dari segi kuasa dan pengendalian dengan gaya juara Repsol Honda dan Marq Marquez.

3. Ducati 1299 Panigale 2015


Ducati Panigale 2015

Ducati Panigale 1299 2015, 205bhp dan berat kering hanya 167kg? ini juga nisbah angka yang gila. Di lancarkan secara rasmi di EICMA di Milan, Itali. " A sportsbike, the 1299 Panigale promises to set a whole new standard thanks to its raw power and sophisticated electronics," kata Claudio Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif - Ducati Motor Holding ketika memperkenalkan 1299 Panigale 2015. "For Ducati, 2015 is a milestone, as Ducati enthusiasts will be able to choose from a range more technologically advanced and innovatively designed than ever,"  tambahnya lagi dalam sidang akhbar tersebut.

Tidak seperti Aprillia dan Honda dengan skim warna perlumbaan, Panigale baru di kuasakan enjin 1285cc Ducati 'Superquadro' L-twin yang menghasilkan 205 kuasa kuda dan 145Nm tork dengan berat kering 166,5 kg kering! ini adalah nisbah kuasa dan berat perlumbaan yang sebenar. Di lengkapi juga 3 mod tunggang  pandangan, unit 'Inertial Measurement Unit (IMU) baru, cornering ABS, Ducati quick shift system, Öhlins Smart EC dan wheelie control, Öhlins Smart EC.

Ducati 1299 Panigale 2015 sememangnya pakej hebat dari Eropah, walaupun prestasi Ducati di litar agak tergugat namun teknologi yang di terapkan tetap terbaik dari litar. Adakah Ducati bakal mendominasi kembali? mungkin kali ini di jalanan.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

Ducati 1299 Panigale 2015 tu memang super sexy la. Seriously jatuh hati.

setuju bro, walaupun masih xdapat buktikan hebat di litar tapi di jalanan awesome


EmoticonEmoticon