Lineup Superbike Terhebat 2015 - Evolusi Teknologi, Gaya Dan Kepantasan Menjadi Taruhan

Lineup Superbike Terhebat 2015 | di penghujung 2014 kita di kejutkan dengan pengeluar motorsikal utama dunia seperti Kawasaki, Honda dan Yamaha memulakan perang persaingan dengan masing-masing melancarkan model konsep yang sebelum ini di anggap mustahil (kecuali Kawasaki yang terdahulu melancarkan Kawasaki Ninja H2R di Intermot 2014) untuk di produksi sebagai mesin jalanan. Namun di EICMA Itali baru, Honda dan Yamaha turut mengejutkan apabila secara rasmi melancarkan Honda RC213-V dan Yamaha YZF-R1M yang di inspirasikan dari model MotoGP sebagai model yang bakal menjadi senjata hebat mereka dalam pasaran superbike 2015. Berikut adalah 3 superbike terhebat yang bakal dalam pasaran dunia 2015.

1. Kawasaki Ninja H2R 


Kawasaki mencetuskan fenomena apabila mempersembahkan Kawasaki Ninja H2R 300bhp yang akan di produksi untuk jualan di seluruh dunia namun terhad hanya kegunaan di litar? kepada sesiapa yang saja yang berkemampuan samada dari segi wang atau jika anda merasakan lebih hebat mengawal mesin yang lebih kuat kuasa kuda dari MotoGP

Namun sedikit kelegaan setelah pelancaran versi street-legal Ninja H2 yang di bangunkan dari Kawasaki Aerospace, rekaan keseluruhan model ini sememangnya untuk menjana sejumlah besar downforce pada kelajuan tinggi, di samping di lengkapi komponen berkualiti tinggi seperti KYB, Brembo, ABS dan pelbagai peralatan elektronik pintar. Di kuasakan enjin 4 silinder sebaris 998cc kuasa yang terhasil adalah 220-230bhp denga putaran rpm maksimum adalah 130,000rpm!!! dan harga rasmi US $25,000.

2. Honda RC213-V



Dengan tema ‘MotoGP bikes for the street’ oleh Honda pada pameran EICMA di Itali baru ini. Honda RC213-V di bangunkan oleh Honda Racing Corporation (HRC) dan walaupun masih dalam prototaip dan belum ada butiran spesifikasi rasmi, namun pakar berpendapat Honda di lihat akan merealisasikan model ini sebagai mesin jalanan rasmi. 

RC213-V dengan kuasa kuda melebihi 200hp mempamerkan kehebatan seni kejuruteraan perlumbaan MotoGP. Memetik dari laporan akhbar rasmi Honda “Inspired by, and developed with input from legendary GP riders, the RC213V-S is set to be the ultimate road going motorcycle,” Honda seolah-olah memberi bayangan bahawa motorsikal ini terlalu bagus dan tidak sepatutnya Marq Marquez di biarkan seronok berseorangan di atasnya.

3. Yamaha YZF-R1M



Rekaan serba baru dan segar menyaksikan Yamaha mencapai nisbah power-to-weight ratio 1:1, dengan model YZF-R1 menghasilkan 200PS pada 13,500rpm dan 112Nm tork pada 11,500 revs. Dengan angka berat basah (termasuk minyak dan bahan api) daripada 199 kg, R1 baru sememangnya mempunyai potensi prestasi yang luar biasa. Tidak cukup bagi anda peminat R1

Yamaha YZF-R1M 2015 memberi output kuasa yang sama tetapi dengan berat 180kg (kurang 19kg dari YZF-R1). Di lengkapi pelbagai komponen hebat seperti carbonfibre bodywork, Öhlins electronic racing suspension (ERS), roda magnesium, tangki aluminium, TFT LCD instrument panel, magnesium rear frame, full-adjustable suspension, komponen dalaman enjin lebih ringan, kotak angin udara besar, sistem ekzos penuh Titanium 4-2-1 dan lampu penuh LED. Yamaha R1 dan R1M sememangnya model hebat yang bakal menjadi model flagship Yamaha bagi segmen pasaran 2015. Bakal berada di bilik pasaran pada Febuari 2015 dengan  R1 berharga US $16,490 dan R1M pada US $21,990.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon