Toyota Dominoes Peneraju Teknologi Hibrid Dunia

Toyota Dominoes Peneraju Teknologi Hybrid Dunia | Toyota merupakan pelopor ke arah kenderaan yang mengunakan bahan api alternatif seumpamanya di dunia. Menyingkap kembali sejarah jenama yang di asaskan Kichiro Toyoda ini, Toyota sentiasa ke hadapan dalam menampilkan teknologi yang di takrifkan sebagai "cutting edge technology" yang mendapat sambutan hebat, buktinya Toyota merupakan pengeluar pertama di dunia yang menghasilkan 10 juta kenderaan setahun setelah 77 tahun penubuhanya.

Toyota Dominoes Peneraju Teknologi Hibrid Dunia

Bermula dari model Toyota Prius yang melakukan debut pertama pada 1997, model mid-size hatchback ini merupakan model konsep hibrid elektrik pertama di dunia yang di bawa ke pasaran komersial, dan sejarahnya boleh anda saksikan di sini Toyota Global Website.

Toyota Dominoes Peneraju Teknologi Hibrid Dunia

Bermula dengan Toyota Prius, kita meyaksikan perkembangan pengeluar kereta dalam menghasilkan ‘Sustainable Mobility’ untuk menjadiknya sebagai satu kenyataan. Fokus utama adalah seperti Hidrogen, yang menggantikan petrol sebagai bahan bakar, dan persekitaran adalah sumber tenaga yang mesra yang boleh di hasilkan daripada pelbagai bahan mentah dan sebagai kenderaan yang di lengkapi dengan “Fuel Cell” yang menjana elektrik melalui tindak balas kimia antara hidrogen dan oksigen untuk mencipta daya motor bagi menggerakan kenderaan.

Sekaligus menjadikan emisi pelepasan asap adalah sifar dan tiada pelepasa karbon dioksida. Inilah yang menjadikan Toyota sebagai pengeluar kenderaan hibrid yang unggul dan dalam kelas tersendiri dan sejarah telah menunjukkan jualan terhad 'Toyota FCHV' pada tahun 2002 di Amerika Syarikat dan Jepun.

Toyota Dominoes Peneraju Teknologi Hibrid Dunia

Menarik dalam video kempen bertajuk TOYOTA Dominoes terbaru ini, bagaimana dominoes di ibarat sebagai watak utama dalam dalam menunjukkan perkembangan kemajuan teknologi kereta hibrid yang mesra alam, dengan tema hebat yang mendasari ‘one great idea leads to next’, dominoes di lihat bangkit tegak menunjukkan dari model pertama Prius kepada Prius plug-in dan Fuel Celled Sedan.

Video kempen yang unik ini menunjukkan bagaimana setiap inovasi yang berterusan akan membawa perubahan besar bukan sahaja pada setiap individu tapi juga seluruh dunia merangkumi alam semulajadi dan masa depan dunia.

Toyota Dominoes Peneraju Teknologi Hibrid Dunia

Kepada peminat Toyota dan juga yang baru berminat dengan teknologi kenderaan hibrid terbaik di dunia seperti Toyota ini, layari di halaman Toyota Global Site atau langgani Toyota Channel bagi mengikuti lebih perkembangan terkini, kongsikan kecintaan mengenai alam sekitar dan dunia automotif anda dengan menyokong teknologi hibrid menerusi video TOYOTA Dominoes di bawah di laman Facebook anda. Bersama kita nantikan pelancaran FCV terbaru dari Toyota.

Artikal ini di taja oleh Toyota, tetapi hasil artikal adalah idea kami sendiri.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon