Benelli 600R 2015 - Streetbike 600cc Terbaik Dunia

Benelli 600R 2015 - Streetbike 600cc Terbaik Dunia | Benelli 600R 2015 atau lebih di kenali sebagai Benelli TnT 600 di Malaysia dan juga merupakan sebagai model kelas naked streetbike 600cc terbaru dan termurah di pasaran seluruh dunia.

Benelli 600R 2015

Serta merta mendapat pujian di seluruh dunia sebagai motorsikal berprestasi hebat di jalanan biasa mahupun di kesesakkan bandaraya, juga cukup verstile dan serba boleh jika mahu di bawa ke litar.

Benelli 600R 2015

Di kuasakan enjin 600cc, 4 silinder sebaris 4 lejang, sejukkan cecair DOHC 16 injap, mampu menjana kuasa output maksimum 60 KW (82 Cv) pada 11500 rpm dan 52 Nm (5,3 kgm) tork pada 10500 rpm, dengan kuasa yang terhasil di sempurnakan melalui kotak gear 6 kelajuan. Sistem ekzos di pasang dengan 2 catalytic converters and 4 sensor oxygen exhaust system. Enjin di pasang ke bingkai teralis (lebih di kenali sebagai rangka Decomposable) yang lebih ringan dan bergaya, dengan enjin juga bertindak sebagai sokongan dalam meningkatkan kekuatan dan ketegaran casis.

Benelli 600R 2015

Di lengkapi komponen terbaik dari Itali seperti suspensi hadapan terbalik Marzocchi ø 50 mm, suspensi boleh laras belakang Sachs dengan gabungan rekabentuk swingarm aluminium terbaru bagi mendapatkan keseimbangan dan kawalan lebih jitu di selekoh.

Benelli 600R 2015

Brek di pasang angkup Brembo di samping gabungan fully braided steel brake lines untuk mendapatkan kuasa berhenti terbaik. Tidak di lupakan Benelli 600R 2015 juga di pasang tayar Metzler Sportec M5 menjadikanya pakej yang terbaik dalam kelasnya.

Benelli 600R 2015

Benelli 600R 2015 di datangkan dengan warna terbaru Benelli Gold di samping pilihan warna lain seperti hitam dan merah. Dengan harga di pasaran sekitar RM29,999, Benelli 600R 2015 atau TnT 600 di lihat sebagai mesin naked streetbike 600cc dan terbaik dan termurah di pasaran dalam kelasnya. Sumber : TopSpeed

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

13 comments

Setuju dgn artikel ni mmg moto ni power and affordable. bro boleh buat artikel pasal ekzos?

feedback dari kawan, moto ni juga jimat minyak, cube tengok di bahagian aksesori

feedback from my neighbour who bought ion 2014, motor ni power gila.

i hear the sound every day....cukup mantap. design pun teramat sexy sekali. yang paling best harga dia. ITALY pula tu. Japanese bikes now too expensive.

Pembetulan. Benelli BN600R (performance) tak dijual.pada harga RM29,000).

Harge 29k itu hanya utk model biase (TNT600) yg tiada performance parts spt Marzocchi, Sachs & Brembo. Sekian

yes u rite bro, thats way kami letakkan TnT di akhir artikal untuk membezakan dua model ini.

habis tu kalau yg performance tu berapa harga dia?

model performance maybe lebih harganya tapi benelli malaysia lebih kepada basic

dari segi design bodykit ada beza ke bn600r dgn tnt600? air shroud mcm ada beza.

ye ade sedikit perbezaan, perharikan fairing tepi tangki yang lebih sharp

saya ada dengar beberapa pengguna tnt 600 kata suhu engine byk panas dan bunyi engine kuat,betulkah?..saya ada minat nak beli tnt 600i.any comment silakan .terima kasih


EmoticonEmoticon