BMW S1000RR 2015 - Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat

BMW S1000RR 2015 | Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat, sejak di lancarkan beberapa tahun lalu, BMW S1000RR telah menjadi standart terbaru sebagai kayu pengukur kemajuan mesin superbike yang sebelum lebih di monopoli pengeluar dari Jepun dan tidak ketinggalan Ducati dengan Panigale dan Aprilia dengan RSV-V4.

BMW S1000RR 2015 - Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat

Untuk tahun 2015, BMW telah membuat penambahbaikkan secara besar-besaran bagi model S1000RR 2015 bagi menjadikanya lebih berkuasa dan lebih hebat mutu kawalan tunggangan. Walaupun berkuasa sekitar 199hp (6hp lebih tinggi dari 2014) dengan berat basah 204kg, S1000RR 2015 lebih bergaya dengan rekabentuk yang telah di kemaskini.

BMW S1000RR 2015 - Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat

S1000RR 2015 di lengkapi casis baru dengan sudut geometri yang telah di semak semula. Turut di lengkapi BMW’s Dynamic Damping Control (DDC) yang sebelum ini hanya ada pada model HP4 juga boleh di dapati pada model 2015 ini sebagai alatan pilihan, bagi menjadikan kawalan pengendalian lebih hebat dan tajam.

BMW S1000RR 2015 - Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat

Tidak di lupakan alatan lain seperti Dynamic Traction Control (DTC), Race ABS and Automatic Stability Control (ASC) juga di naiktaraf untuk optimumkan potensi penuh model 2015 ini, di samping Cruise Control System baru juga menambahkan lagi kehebatan mutu kawalan pintar model 2015 ini.

BMW S1000RR 2015 - Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat

Dari segi estetika luaran, BMW S1000RR 2015 nyata lebih bergaya dengan bodywork keseluruhan telah di reka semula, lampu simetri yang di susun semula, ekzos bergaya baru, di samping panel peralatan juga di kemaskini semula, dan tidak di lupakan skim warna baru seperti dalam rajah.

BMW S1000RR 2015 - Di Kemaskini Untuk Lebih Hebat

Nampaknya BMW S1000RR 2015 nyata tidak mengalah di samping kemunculan perubahan besar-besaran pengeluar dari Jepun. Walaupun sedikit anjakan BMW S1000RR 2015 tetap sebagai mesin berpotensi hebat di jalanan dan di litar.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments


EmoticonEmoticon