Kawasaki Vulcan S ABS 2015 - Cruiser Hebat Dari Jepun

Kawasaki Vulcan S ABS 2015, bukanlah sebarang cruiser. Di cipta dengan cukup anggun dengan enjin 2 silinder bekembar selari, bingkai rangka yang unik bersama susun atur sistem penggantungan dan di reka untuk penunggang yang mahukan gaya“independent minded riders”. Vulcan S bukanlah model yang terhad kepada kelompok tertentu, rekaan ketinggalan zaman atau gaya hidup.

Kawasaki Vulcan S ABS 2015

Di kuasakan enjin 649 cm3, 4 lejang silinder berkembar sejukan cecair, DOHC, 8-injap dengan suntikan bahan api yang menyampaikan prestasi responsif dan lancar, terutamanya dalam julat rpm rendah dan sederhana. Enjin telah di tala untuk ciri-ciri rider-friendly power yang akan membangkitkan keyakinan bagi penunggang baru. Dengan gabungan dari dual throttle valves, Vulcan S menawarkan kuasa permulaan yang lancar dari saat berhenti dan kemudian pecutan lancar apabila memecut. Pecutan kuat lancar memudahkan kawalan di lebuh raya dan semasa memintas. Kuasa kuda yang di hasilkan adalah sekitar 45.0 kW {61 PS} / 7,500rpm dan tork maksimum sekitar 63.0 N•m {6.4 kgf•m} / 6,600 rpm.

Kawasaki Vulcan S ABS 2015

Tidak cukup dengan itu, Vulcan S turut di lengkapi Economical Riding Indicator yang menggunakan kawalan elektronik ketepatan tinggi untuk pengurusan enjin, model Kawasaki boleh mencapai tahap pengunaan bahan api yang efisyen pada tahap tinggi. Bagaimanapun penggunaan bahan api sangat di pengaruhi oleh penggunaan throttle, pemilihan gear, dan unsur-unsur kawalan lain.

Kawasaki Vulcan S ABS 2015

Economical Riding Indicator adalah satu fungsi yang menunjukkan apabila keadaan menunggang semasa pengunaan bahan api pada julat rendah. Sistem ini secara berterusan memantau penggunaan bahan api, tanpa mengira kelajuan kenderaan, kelajuan enjin, kedudukan pendikit dan syarat tunggangan lain. Apabila penggunaan bahan api yang rendah pada kelajuan tinggi berlaku, tanda "ECO" muncul di panel instrumen skrin LCD. Dengan menunggang dalam mood "ECO" penggunaan bahan api dapat di kurangkan.

Kawasaki Vulcan S ABS 2015

Sistem suspensi adalah dari jenis fork teleskopik 41mm pada bahagian depan, manakala suspensi belakang dari jenis offset laydown single-shock dengan ciri adjustable preload 7 hala. Sistem brek depan dalah dari jenis single dics yang besaiz 300mm yang juga di kawal single caliper, cukup besar untuk sebuah cruiser, bersama juga single dics 250mm dan caliper untuk brek belakang. Kuasa yang berhenti yang di hasilkan sememangnya cukup untuk mengawal kuasa dari enjin berkembar itu.

Kawasaki Vulcan S ABS 2015

Kawasaki sememangnya tidak berkompromi dari segi elemen egronomik, gaya dan keselesaan yang di satukan dalam 1 unit bagi model Vulcan S ini. Unsur moden di samping elemen panjang dan pendek sesuatu komponen di susun atur dengan cukup tepat di samping menawarkan keselesaan seperti yang terdapat pada seat depan dan belakang, handle dan stand depa belakang yang boleh di ubah laras keselesaan. Ciri nontraditional di garap cukup cantik pada komponen lampu dan rim jenis cast wheels five spoke pair design. Sememangnya gaya yang di tampilkan sangat sesuai bagi pengguna baru dan oldtimer.

Kawasaki Vulcan S ABS 2015

Kawasaki Vulcan S ABS 2015 di datangkan dengan 3 warna Metallic Royal Purple, Flat Ebony dan Pearl Crystal White, harga di anggarkan sekitar bawah RM30 ribu di lihat mampu memberi saingan kompetitif.

I'm Big Fan Of Motorcycles

9 comments

perghhhh.. cun giller motor ni.. mmg aku prefer easy rider cam ni

kawasaki berjaya mengabungkan gaya moden dan penerapan teknologi canggih dan keselesaan

tak sabar nak beli ni><

Asal ramai org jual balik moto ni tuk apgrade? Bunyi xpower ker...

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon