KTM 200 Duke-T Kunka Concept - The Darkness KTM From Thailand

KTM 200 Duke-T Kunka Concept | The Darkness KTM From Thailand, ini gelaran paling tepat bagi mengambarkan konsep yang di bawakan oleh Kunka Custom Department terhadap model KTM Duke 200 ini sebagai benar-benar gelap, jahat, segar namun cukup ringkas, yang akan menambat perhatian dalam kelas elegan yang tersendiri.

KTM 200 Duke-T Kunka Concept

Perhatikan warna Matte Grey yang menyaluti, cukup sepadan dengan warna hitam pada casis dan menampakkan Duke-T ini lebih ramping secara keseluruhan dari warna oren korporat asal syarikat Austria itu, selain pilihan warna lain Military Matte Green.

KTM 200 Duke-T Kunka Concept

Kekal dengan bodywork yang sama di gunakan dari model asal KTM Duke 200, sedikit sentuhan ringkas seperti mudguard depan, belakang dan engine guard di keluarkan bagi meringkaskan penampilan.

KTM 200 Duke-T Kunka Concept

Headlamp lebih nipis di gunakan dengan fender belakang di ubah bagi meletakkan lampu belakang yang lebih bulat sepadan dengan lampu isyarat sisi depan belakang yang juga bulat.

KTM 200 Duke-T Kunka Concept

Sedikit pengubahsuaian muffler ekzos kepada muffler under tail dengan posisi lebih ke bawah, lebih tersorok, mungkin untuk merealisasikan konsep yang di maksudkan, namun spesifikasi enjin kekal standart. Sumber

KTM 200 Duke-T Kunka Concept

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments


EmoticonEmoticon