Kawasaki Ninja 250SL WBSK Special Edition 2015 Bakal Di Lancarkan

Kawasaki Ninja 250SL WBSK Special Edition 2015 Bakal Di Lancarkan oleh Kawasaki Heavy Industries dengan menampilkan grafik warna replika model ZX-10RR yang bertanding di WSBK pada tahun ini.

Kawasaki Ninja 250SL WBSK Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250SL merupakan model penganti kepada Kawasaki Ninja KRR 150cc 2 lejang, masih sama di kuasakan enjin 4 lejang,1 silinder 250cc, DOHC sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api dan 6 gear kelajuan, enjin yang berkarektor high-rev ini juga menampilkan heat management technology untuk memberikan keselesaan penunggang daripada haba yang terhasil dari operasi enjin sekaligus menjadikan enjin lebih berkuasa dan efisyen.

Kawasaki Ninja 250SL WBSK Special Edition 2015

Antara ciri menarik lain yang di tampilkan, casis adalah dari jenis teralis yang kompak dan ringan, rekaan rim yang kukuh dan ringan menyumbang kepada Ninja 250SL sebagai model yang sporty, ringan, pantas dan supersports ergonomik. Tidak ketingalan suspensi belakang adalah dari jenis Uni-Trak dan ABS juga tersedia selain dari model Non-ABS.

Kawasaki Ninja 250SL WBSK Special Edition 2015

Dengan harga asas di pasaran sekitar RM17,699 ketika ini, satu perancangan menarik di lakukan Kawasaki dengan memperkenalkan Kawasaki Ninja 250SL WSBK Special Edition 2015 bagi mengukuhkan segmen mereka dalam kelas 250cc. Mungkin gaya perlumbaan ini yang di tunggu oleh peminat mereka.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

5 comments

bro, warna lain xda ka, biru, merah, ungu, black, white

ada, tapi yang edisi istimewa, kaler ni limited

hnghh... rasanya ni lagi cun dari 250. tunggu 2nd harga 10k la...huhuhu


EmoticonEmoticon