Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Panduan pemakaian keselamatan untuk penunggang motorsikal | Salah satu eleman penting (dan perkara yang sangat mudah terlepas pandang) dalam aspek bermotosikal adalah motorcycle safety gear atau pemakaian keselamatan. Walaupun safety gear boleh menjadi rumit, janggal, dan mengganggu pada sesetengah penunggang, ianya merupakan faktor penting yang akan melindungi anda dari risiko kemalangan yang lebih teruk pada fizikal.

Bayangkan anda mengelongsor di aspal pada kelajuan 100kmj dengan hanya memakai seluar pendek dan t-shirt? Bermula dari kepala ke kaki, berikut merupakan peralatan keselamatan utama yang harus anda jadikan keutamaan sebelum mula menunggang.

Helmet (Topi Keledar)

Menarik pepatah ini yang berbunyi "If you've got a $20 head, buy yourself a $20 helmet" atau untuk lebih pemahaman, topi keledar yang mempunyai kelulusan DOT, Snell, ADR atau Sirim di Malaysia mempunyai piawaian keselamatan dan memberi perlindungan yang lebih tinggi untuk kepala anda. Topi keledar yang bagus bukan sahaja mampu melindungi tengkorak anda tapi juga menawarkan perlindungan dari bunyi dan rintangan angin.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Eye Protection (Perlindungan Mata)

Perlindungan mata bukan sahaja untuk membias angin daripada membuat mata anda berair, ianya juga berfungsi menepis segala sampah dan seranggan yang berterbangan dari memasuki ke mata anda. Visor pada topi keledar menawarkan perlindungan mata, tetapi kebiasaan penunggang memilih untuk memakai pelindung mata berasingan supaya mereka boleh menikmati medan berwarna penglihatan yang berbeza apabila hari mulai bertukar waktu.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Ear Protection (Perlindungan Telinga)

Penyumbat telinga adalah peralatan keselamatan? Benar! Bunyi yang terhasil dari tunggangan ekstrem pada kelajuan lebuhraya akan sangat mengangu telinga anda, dan pendengaran anda boleh mengalami kerosakan selepas pendedahan bunyi yang kuat berulang kali. Seharusnya di praktikkan oleh semua penunggang motorsikal berkuasa besar di Malaysia.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Jackets (Jaket Perlindungan)

Pelbagai jenis jaket boleh didapati, yang menawarkan pelbagai pilihan ketika untuk perlindungan pada bahagian atas badan. Jaket keselamatan yang bagus bukan sahaja mampu memberi perlindungan yang baik untuk mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk, malah mempunyai pengudaraan yang baik melepaskan haba untuk lebih selesa, di samping memberi gaya dan imej ekslusif pada si penunggang.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal


Gloves (Sarung Tangan)

Refleks semulajadi manusia, apabila terjatuh tangan secara semulajadi akan menahan badan dari jatuh terhempas, menjadikan tangan terutama tapak tangan berisiko tinggi menerima kecederaan teruk. Di sini pentingnya sarung tangan atau gloves melindungi tapak tangan yang lembut selain dari tulang jari, pergelangan tangan dan nadi menerima impak kecederaan yang lebih mengerikan.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal


Pants (Seluar)

Sangat sedikit sekali majoriti penunggang di Malaysia mengambil perhatian mengenai pants sebagai elemen asas safety gear, namun pemilihan jeans sebagai keutamaan boleh di katakan alternatif yang agak bagus juga kerana lasak dan fleksibel pelbagai situasi namun ianya tidak sebagus pants khas yang di khususkan untuk menunggang yang mampu memberikan perlindungan yang lebih dari risiko kecederaan lebih teruk. Pants seharusnya keutamaan dalam trend motorsikal terkini kerana ianya tambahan sebagai gaya imej bermotorsikal anda.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal


Boots (Kasut Keselamatan)

Dari tunggangan motocross, litar dan gaya tunggang cruiser tradisional, terdapat banyak cara untuk melindungi kaki anda. Jangan memandang rendah kerana buku lali anda yang tidak di lindungi dengan kasut yang betul akan boleh membuatkan lutut anda tidak dapat di luruskan apabila tercedera. Kasut seharusnya perkara keutamaan.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Neck Protection (Perlindungan Leher, Offroad)

Walaupun di peringkat awal, alat sokongan leher menawarkan pengurangan kecederaan tulang belakang yang teruk impak dari kejatuhan teruk. Ujian dalam keadaan jalan raya kurang berjaya daripada aplikasi situasi offroad, Namun kini trend semasa mungkin pengunaannya akan semakin meluas.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Elbow, Shin, Knee Guard (Perlindungan siku, tulang keting dan lutut, Offroad)

Biasanya di pakai di bawah lapisa jersi semasa menunggang offroad, melindungi bahagian badan yang penting seperti siku, tulang kering, lutut. juga boleh di kombinasikan dengan pemakaian biasa untuk jalanraya biasa (seperti seluar jeans Kevlar bertetulang), walaupun ianya tidak menawarkan perlindungan yang menyeluruh.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Roost Deflector/Chest Guard (Pelindung Dada, Offroad)

Alat-alat ini selalunya di perbuat daripada plastik yang ringan dan memberi kesan rintangan yang agak baik di kawasan dada.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal
Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles

7 comments

aku xda motor besar, helmet jer la ada, pasal helmet tu aku setuju sbb aku ada pengalaman dengan helmet, memang ianya dah jalankan fungsinya yang sepatutnya

tak kira motor besar kecil, yang penting safety first, kena beli helmet yang betul, tak boleh beli sebarangan

Rider Jambang

Abaikan bila orang berkata "POYO nyer mamat tu, naik kapcai je pon...nak fullface bagai!".
Yg penting kecederaan dapat dikurangkan bila terlibat dengan kemalangan.

#malang tidak bebau!

ye benar, siapa lagi nak jaga diri kita sendiri melainkan tangungjawab sendiri.

dah macam suit ironman dah aku tengokkk... pakai armor2 ni nak ke mana? nak lawan raksasa ka? kami pompuan x suka laki terlebih poyo

eh ehh... sy pompuan gak tapi sukaa... power rangers gitu :D


EmoticonEmoticon