Yamaha YZF- R25 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM20,000?

Seperti yang di laporkan media Sinar Turbo Yamaha YZF-R25 2015 telah di lancarkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Malaysia. Model ini juga turut di kenali sebagai YZF-R3 di pasaran Amerika dan Eropah dengan kapasiti enjin 300cc bagi pasaran di kedua benua itu.

Yamaha YZF- R25 2015 Di Lancarkan Di Malaysia

Menarik mengenai YZF-R25, ianya merupakan model paling berkuasa dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain. Di kuasakan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, 8 injap, sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa 36PS (35.5hp, 26.5kW) pada 12,000RPM dan kuasa tork sekitar 22.1Nm pada 10,000RPM, angka yang lebih tinggi mengatasi Ninja 250 yang berkuasa 32hp yang sebelum merupakan model 250 paling berkuasa. Dengan rangka kukuh jenis berlian yang menawarkan ketegaran tertinggi menyokong enjin sekuat dari Yamaha ini.

Yamaha YZF- R25 2015 Di Lancarkan Di Malaysia

Antara ciri teknologi canggih di terapkan pada model ini ialah sistem suntikan bahan api di lengkapi dengan TCI (Transistorized Control Ignition) bagi memberikan kawalan kuasa yang cemerlang pada rev yang tinggi, sesuai dengan ciri enjin R25 yang yang berkongfigurasi strok pendek, manakala kotak gear adalah dari jenis 6 kelajuan bersama sistem multiplate wet manual clutch mampu untuk memberikan anda kepuasan untuk mencapai potensi 36PS dari enjin Yamaha ini.

Yamaha YZF- R25 2015 Di Lancarkan Di Malaysia

Sistem brek depan adalah dari jenis cakera berkembar 298mm dengan caliper 2 omboh manakala sistem brek belakang dengan cakera 220mm dengan angkup 1 omboh. Sistem suspensi R25 boleh di anggap istimewa kerana fork teleskopik bersaiz 41mm adalah yang terbesar dalam kelasnya dengan suspensi mohoshock belakang mampu memberikan kawalan sensasi ketika beratah di selekoh di hujung minggu.

Yamaha YZF- R25 2015 Di Lancarkan Di Malaysia

Yamaha YZF-R25 2015 di datangkan dengan dua warna pilihan Red Diablo dan Racing Blue. Harga asas di anggarkan sekitar RM20,000 tidak termasuk cukai jalan dan insuran, namun kami menganggarkan harga di pasaran pada April ini mungkin lebih dari yang di jangkakan seperti di atas. Namun untuk sebuah mesin sebagus YZF-R25 di dalam kelasnya, harga pasti bukan masalah utama bagi anda.


Spesifikasi Yamaha YZF-R25 2015


Type : 4-stroke, 8-valve DOHC liquid-cooled
Cylinder/position : 2/inline
Bore X Stoke : 60,0 X 44,1 mm
Compression ratio : 11,6 : 1
Fuel System : Fuel Injection
Ignition system : TCI (Transistorized Control Ignition)
Spark type : CR9E
Battery : GTZ8V (MF Battery 7.4 Ah)
Starter : Electric Starter
Lubrication: Wet
Engine oil capacity: Total = 2,40 L ; Servis = 1,80 L ; Oil filter change = 2,10 L
Length x Width x Height : 2.090 mm X 720 mm X 1.135 mm
Seat height : 780 mm
Ground clearance : 160 mm
Wheel base : 1380 mm
Caster angle : 25 degree
Trail : 95 mm
Maximum output : 26,5 KW(36 PS) @ 12.000 rpm
Maximum torque : 22,1N.m @ 10.000 rpm
Curb mass: 166 kg
Fuel tank capacity : 14,3 L (Res : 3 L)
Chassis type: Diamon
Transmission: Manual, 6-speed
Clutch : Wet, Manual clutch , Multiplate
Front & Rear tyre : Tubeless 110/70-17M/C(54S) & 140/70 – 17M/C(66S)
Front and rear brake : Floating Ø 298mm, 2-Piston & Disc Ø 220mm 1-Piston
Front suspension : Telescopic Fork (diameter 41 mm)
Rear suspension : Monocross Suspension
Front lamp : DC Halogen 12V,55W (H7)
Rear lamp: LED

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

44 comments

Bila nak keluar kat kedai moto ni..

betol lah....lama aku tunggu nih,,,,
#hongleongyamahar25 cepat2 lah bg masuk pasaran....

Kenapa lambat sngt.dah dekat setahun lebih tggu.klu harga lebih RM 21000. Baik tambah lg RM 7000 dpt kawasaki Vulcan S,650 cc.

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

Yamaha r25 terbaik..aku nak sambar 1 boleh beat RR x agak2

Sya baru pakai yzf r25 dlm masa 3 minggu..sekarang mengalami masalah tenikal..enjin x boleh dihidupkan sedangkan signel light dan hon berfungsi..kenapa hal ini boleh terzadi pada moto model baru keluaran yamaha yzf r25? Sya merasa tidak puas hati dengan keadaan moto sya...yamaha adalah pengeluar motosikal terunggul dunia..kenapa hal ini boleh terjadi?

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

"dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat" ahahahahah

"dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat" ahahahahah

under power bro..wa da test..kawa rr lagi power

Underpower apa nama? Aku dh test dgn rr jln long distance, bye2 rr..

Aku dh pakai r25 masuk 7 bln dah..so far xda masalh langsung. Selalu ride gi konvoi lagi..

Cukup la...ayat"dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat"pening aq tgk komen..

harga mampu mimpi ni..mtk tolong krjaan turunkn harga motor ni..dh nk dkat dgn harga axia je...kna ujan basah jgk..dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat..

Pelik...ramai Melayu naik superbike mati accident!

ukur baju di badan sendiri...kalau xmampu jgn beli

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon