Yamaha YZF-R25 Naked 2015 Bakal Di Lancarkan di Indonesia?

Yamaha YZF-R25 Naked 2015 Bakal Di Lancarkan di Indonesia? memetik dari laporan Bingit. Versi naked Yamaha YZF-R25 di lihat dalam ujian jalanan di kota Indonesia terbaru ini, sekaligus khabar angin menyatakan Yamaha YZF-R25 Naked bakal di lancarkan tahun ini hangat di perkatakan di media.

Yamaha YZF-R25 Naked 2015 Bakal Di Lancarkan di Indonesia?

Di kenali juga sebagai Yamaha MT-25, Yamaha YZF-R25 Naked tanpa fairing ini akan menjadi platform utama Yamaha di Asia khususnya dalam kelas Nakedbike kelas pertengahan, seperti Yamaha MT-125 di pasaran Eropah. 

Jika benar Yamaha YZF-R25 versi naked ini bakal di lancarkan di Indonesia tahun ini, peminat di Malaysia pasti akan melihat model ini di pasaran Malaysia seawal tahun depan. Di jangka Yamaha YZF-R25 Naked pasti memberikan spesifikasi dan rekabentuk hebat dalam usaha bersaing rapat dengan Kawasaki dan KTM yang terlebih dahulu unggul dalam kelas ini di Malaysia. 

Kita mungkin perlu menungu untuk mendengar dan melihat pengumuman rasmi dari induk Yamaha sendiri selewatnya tahun ini. Belum habis kehangatan Yamaha YZF-R25, kini kita di bakal dilema adakah Yamaha YZF-R25 Naked dalam senarai mesin pilihan kita. Sumber & Imej : Bingit

I'm Big Fan Of Motorcycles

3 comments

motor motor nakes sekarang semakin cantik, rasa macam nak beli pun ada

Wah best kalau ade versi naked nih.
Ni sye nk tanye tyco2 motor sini. Kawasaki ninja 250r dgn z250 nih sama mounting tak lampu depan dia? Sye dh bosan ngn 250r, kira nak convert g z250 body posible ke? Banyak keja tak? Maksud sye byk nak modify tak mounting dia? Kalau mounting sama ok plug n play je kan? Help help dari tyco2 moto sini. :)


EmoticonEmoticon