Aprillia Caponord 1200 Rally 2015 Sedia Beraksi


Aprilia Caponord 1200 Rally 2015 di lancarkan pada September 2014 kini bersedia, seperti namanya, 1200 Rally baru di optimumkan untuk penggunaan off-road, berteknologi tinggi mengunakan roda depan 19 inci, engine guards, hard panniers dan supplementary LED lights. Suspensi adalah jenis separa aktif berautomatik yang boleh menyesuaikan dengan semua jenis rupa bumi, manakala sistem A-MP (Aprilia Platform Multimedia) serasi sepenuhnya dengan telefon pintar anda. Menggunakan Bluetooth, anda boleh pasangkan telefon anda dengan sistem A-MP  dan kemudian, jika anda mahu, akses maklumat berkaitan untuk lean angles dan longitudinal acceleration, fuel consumption, average speed dan juga battery voltage.


Caponord 1200 Rally di kuasakan enjin Vtwin  90 °, 1197cc DOHC, 8-injap, 125 kuasa kuda dan 115Nm tork - pada berat kering 1200 Rally ini hanya 238kg. Casis dari jenis steel tube trellis dan die-cast aluminium plate sections, yang bergabung untuk memberi kekuatan dan ketegaran optimum. Brek dari jenis Brembo bersaiz 320mm cakera berkembar depan bersama 4-omboh angkup monobloc dan cakera tunggal 240mm di belakang. ABS adalah standard. Caponord 1200 Rally di lengkapi dengan suite penuh bantuan elektronik, termasuk ride-by-wire throttle (dengan 3 pemetaan – sport, touring and rain), bersama ABS switchable, kawalan cengkaman dan redaman dinamik.


Aprillia Caponord 1200 Rally boleh di dapati dalam tiga warna baru - Giallo Dune, Grigio Safari dan Verde Tentera. Aksesori yang boleh didapati termasuk ekzos Arrow dengan slip-on Titanium silencer,  top box kit 52 liter yang boleh menampung sehingga dua topi keledar, light luggage rack in laser-cut anodized black aluminium, off-road footpegs dengan serrated surface, clutch cover guard, LED turn indicators, aluminium billet brek dan tuil klac, aluminium billet brake dan clutch levers, heated hand grips bersama juga anti-theft kit.  Aprilia Caponord 1200 Rally mungkin mahal, tetapi sangat hebat dan juga mesin offroad dan juga jarak jauh yang berteknologi tinggi . Jika anda mampu untuk membeli satu, ianya pasti dapat membawa anda merentas mana-mana benua di dunia ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon