MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

MV Agusta telah mendedahkan gambar dan spesifikasi rasmi model baru yang di beri nama MV Agusta F4 RC 2015 persis Ferarri dua roda. Ini merupakan versi homologasi khas bagi perlumbaan WSBK 2015 yang mana MV Agusta hanya membina sebanyak 250 unit F4 RC untuk pasaran seluruh dunia.

MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

.MV Agusta F4 RC 2015 di kuasakan enjin 4 silinder sebaris 998cc, DOHC 16 injap sejukan cecair (khabar angin mengatakan enjin ini adalah buatan ferarri?) menghasilkan 212 kuasa kuda pada 13,600rpm. Enjin ini mengunakan komponen dari aloi magnesium seperti injap pengambilan dan ekzos, badan-badan throttle 50mm, manakala bolt dan skru dari titanium untuk mengurangkan berat keseluruhan mesin sebanyak 1.1 kg.

MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

Sudah pasti lengkap dengan sistem kawalan elektronik pintar, F4 RC mengunakan sistem elektronik top-of-the-line dalam bentuk MVICS 2.0 (Sistem Kawalan Bersepadu \Kenderaan Motor) termasuk sistem ride-by-wire throttle control dengan adjustable throttle sensitivity, lean angle sensor, ABS dan 8-level traction control 

MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

Rangka casis bingkai teralis dari jenis krom molibdenum, yang juga menggunakan mesin plat aloi aluminium untuk ketegaran maksimum, ini adalah gaya MV yang tidak berubah untuk kesemua modelnya. Lengkap dengan suspensi depan USD Öhlins Nix 30 dan Öhlins TTX 36 monoshock di belakang, kedua-duanya boleh di laras sepenuhnya untuk mampatan dan lantunan. 

MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

Steering damper Öhlins juga boleh di laras sepenuhnya untuk kestabilan pada kelajuan tinggi. Brek depan adalah dari jenis cakera berkembar keluli 320mm dengan angkup M50 monobloc Brembo dan . cakera 210 mm di belakang. MV Agusta telah mengunakan pelbagai bahagian carbonfibre untuk Bodywork F4 RC ini, selain roda aloi aluminium dan juga bateri ringan khas eksklusif untuk RC. 

MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

F4 RC adalah 7kg lebih ringan daripada F4 RR dan 13kg lebih ringan dengan kit menunggang di trek, yang termasuk motorsikal. Kit menunggang trek mempunyai sistem ekzos titanium Termignoni dengan ECU, carbonfibre heat guard, carbonfibre rear seat cowl untuk kegunaan single seat, red anodized Ergal plugs (untuk kegunaan selepas cermin sisi di tanggalkan) dan juga personalised motorcycle cover.

MV Agusta F4 RC 2015 - Persis Ferrari Dua Roda

Seperti yang di nyatakan, pengeluaran MV Agusta F4 RC 2015 adalah terhad kepada 250 unit di seluruh dunia, setiap model bernombor dan di bekalkan dengan sijil. Jika anda jatuh cinta dengan model replika WSBK ini, sediakan hantaran sebanyak 36.900 €. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

cantik moto nie.. harga pn cantik..haha.. RM 226.5k


EmoticonEmoticon