Triumph Speed 94R 2015 - Legasi Hebat Speed Triple 1994

Triumph Speed ​​Triple 900 telah di lancarkan tahun 1994, setelah dua dekad, ini adalah jentera sebenar British yang masih lagi kuat. Untuk meraikan ulang tahun ke 21 tahun mesin ini, Triumph  melancarkan dua edisi khas - Triump Speed ​​94 dan Triumph Speed ​​94R, yang kedua-duanya mengambil platform gaya asal model ini.

Triumph Speed 94R 2015 - Legasi Hebat Speed Triple 1994

Berkuasa 133bhp dan 111Nm tork daripada enjin 1050cc tiga silinder itu. Penghantaran kuasa Speed ​​94R secara luas khususnya di tala untuk menjana kuasa dalam mana-mana gear, walaupun Speed ​​94 mungkin merasa sukar untuk bersaing dengan mesin baru seperti KTM 1290 Super Duke R dan Aprilia Tuono V4 1100.

Casis adalah dari jenis bingkai terelis, dengan swingarm tunggal sebelah, suspensi depan jenis USD 43mm dari Showa bersama monoshock, dan angkup brek dari jenis Brembo dengan ABS melengkapkan pakej dan itu untuk model Speed 94, Triumph Speed ​​94 R mempunyai sedikit kelebihan - suspensi depan dari jenis Öhlins NIX30 USD, dan suspensi belakang dari jenis Öhlins TTX36 , brek dari jenis angkup radial-mount Brembo, dan tayar Pirelli Supercorsa SP

Triumph Speed 94R 2015 - Legasi Hebat Speed Triple 1994

Terdapat dalam warna “Racing Yellow” dan “Menacing Jet Black,” Triumph Speed 94 di lengkapi exhaust silencer wraps, black filler cap, colour-matched fly screen, seat cowl dan belly pan, yellow pin-striping (terhad pada model berwarna“Racing Yellow” ), subframe di cat dengan Grafit untuk di padankan dengan bingkai dan panel sisi, logo istimewa Speed ​​Triple pada tahun 1994 dengan bentuk asal. Kedua-dua motosikal datang dengan waranti kilang dua tahun dan tanpa had batuan kilometer.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon