Yamaha Vino Classic 2015

Yamaha Vino Classic 2015. Para jurutera di Yamaha pasti mempunyai penghargaan untuk skuter vintaj, dan mereka membuktikannya sekali lagi untuk barisan model baru Yamaha 2015 iaitu Vino Classic. Menurut Yamaha, ia menggabungkan ciri-ciri reka bentuk klasik dengan kejuruteraan moden untuk menghasilkan prestasi yang di percayai dan bergaya.

Yamaha Vino Classic 2015

Vino Classic 2015 di kuasakan enjin empat lejang 49cc sejukan cecair yang menggabungkan tiga injap dan suntikan bahan api elektronik di samping nisbah mampatan setinggi 12-1untuk memberi kuasa yang luarbiasa pada sebuah enjin sekecil ini. Transmisi adalah automatik sepenuhnya mengunakan v-belt, dengan klac kering empar yang memudahkan operasi di samping penyelengaraan yang lebih mudah.

Yamaha Vino Classic 2015

Vino Classic mengunakan tayar depan dan belakang kecil bersaiz 90/90 R10. Suspensi depan adalah dari jenis teleskopik hadapan bersaiz 2.3 inci suspensi belakang adalah dari jenis absorber tunggal bersaiz 2.1 inci. Kuasa hentian depan dan belakang dari jenis brek drum, dan kemampuanya lebih pada cukup dengan berat Vino Classic hanya 179 pound.

Yamaha Vino Classic 2015

Di bawah tempat duduk terdapat ruang penyimpanan yang cukup besar untuk menyimpan topi keledar dan barangan penting untuk keselamatan dan mengelak dari ketidaktentuan cahaya. Yamaha Vino Classic 2015 sememangnya comel. Sumber Imej : Topspeed

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon