Yamaha XJR 1300 Skullmonkee Dari Paris

Yamaha XJR 1300 adalah sebahagian model retro bercirikan moden yang boleh di sesuaikan dengan pelbagai versi edisi khas yang boleh di sesuaikan pada model ini. Terkini yang menarik perhatian XJR 1300 Skullmonkee di bina oleh Wrenchmonkees. Bingkai casis di pendekkan, tangki bahan api  dan lampu lebih kecil adalah ciri penting pada XJR 1300 Skullmonkee ini.

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee

The W'monkees telah membuat beberapa perubahan yang bijak dengan mengubah XJR standard, termasuk CNC-milled aluminium triple trees ciptaan dan juga penutup enjin, black aluminium clip-ons dan Biltwell grips, MMB mini digital speedo dengan lampu unik custom-made yellow illumination.

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee

Sistem brek di baik pulih sepenuhnya, setup penuh dari Beringer, termasuk brek cakera Hypersport dan kaliper Beringer, brake master cylinder di padankan bersama clutch master dan black steel-braided hoses. Rear sets aluminium Matt hitam telah di sesuaikan untuk kedudukan menunggang yang lebih agresif, dan di tambah suspensi Öhlins STX 36 untuk pengendalian yang lebih baik. Roda XJR standard di kekalkan, tetapi kini di padankan tayar Michelin Pilot Road 4s  untuk cengkaman yang lebih baik.

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee

Tambahan lain pada XJR1300 Skullmonkee termasuk steering damper dari LSL Titan, Wrenchmonkees custom rear bracket dengan lampu belakang LED dan sistem ekzos keluli tahan karat 4-ke-2. Lengkap warna hitam paintjob gloss dengan lambang tangki Skullmonkee dan beberapa sentuhan jalur emas melengkapkan pakej, yang merupakan penghargaan ulang tahun ke-20 daripada Yamaha XJR1300 kepada Yamaha. Sumber: fasterandfaster

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon