Gambar Yamaha MT-25 Di Dedahkan

Gambar grafik Yamaha MT-25 telah di dedahkan minggu lalu, tetapi kali ini blog permotoran Indonesia TMCblog adalah yang pertama mendedahkan gambaran sebenar bagaimana bentuk Yamaha MT-25 yang menjadi topik perbincangan di kalangan peminat permotoran.

Gambar Yamaha MT-25 Di Dedahkan

Berasaskan enjin berkembar selari 249cc yang sama dengan Yamaha R25, MT-25 akan bersaing di dalam pasaran kelas quarter-liter naked bikes, seperti Honda CB300 dan KTM 200 Duke.

Gambar Yamaha MT-25 Di Dedahkan

Seperti yang kita lihat dari gambar, MT-25 berkongsi banyak bahagian yang sama dengan R25 - terutamanya casis, suspensi, ekzos, seat dan enjin. Yang di tambah ialah headlight, fairing chin, dan air intake tubes.

Gambar Yamaha MT-25 Di Dedahkan

Untuk pasaran di barat, MT-25 mungkin akan di kenali sebagai MT-03 di Eropah dan FZ-03 di Amerika Syarikat, walaupun Yamaha masih tidak membuat sebarang pengumuman. Seperti yang di jangkan akhirnya Yamaha mengikut jejak Honda dan KTM sudah menjual nakedbike sesaran kecil dan sebagai model motorsikal terbaru 2015.

Gambar Yamaha MT-25 Di Dedahkan

Maklumat dari media Indonesia juga menunjukkan MT-25 mendapat pengurangan harga yang sederhana berbanding dengan R25 yang lebih mahal. Bagaimana kita tunggu sehingga hari pelancaran muktamad. Sumber : TMCblog

Gambar Yamaha MT-25 Di Dedahkan

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments


EmoticonEmoticon