Honda CRF1000L 2016 - Lagenda Africa Twin Kembali

Para peminat perlumbaan Paris-Dakar Rally Raid yang mempunyai kenangan manis bersama mesin legenda Honda Africa Twin pada awal tahun 1990-an, pasti akan mempunyai sebab untuk berasa gembira apabila Honda telah mengumumkan model pengganti kepada Honda XRV750 Africa Twin iaitu - Honda CRF1000L Africa Twin akan menjadi model tahun 2016 - yang akan berada di seluruh bilik pameran Honda menjelang akhir tahun ini.

Honda CRF1000L 2016 - Lagenda Africa Twin Kembali

Honda Africa Twin di lancarkan pada bulan Disember 1989, Honda XRV750 Africa Twin di bina sebagai penghormatan kepada Honda NXR750, yang menjuarai empat kali perlumbaan Paris-Dakar Rally pada 1980-an. Honda XRV750 telah di kuasakan enjin 742cc V-twin yang menghasilkan 61bhp dan 63Nm tork. Meisn ini di hasilkan dari tahun 1989-2003.


Honda CRF1000L Afrika Twin 2016 memacu warisan mesin yang terbukti berjaya dalam perlumbaan lasak off-road, dan oleh kerana itu nama Africa Twin cukup simbolik bagi model ini, petanda bahawa Honda CRF1000L offroad sebagai sebuah mesin yang berkemampuan.

Honda CRF1000L 2016 - Lagenda Africa Twin Kembali

Salah satu ciri yang pasti akan membuatkan pesaing rapat Honda untuk bertindak balas - Honda telah mengesahkan bahawa Africa Twin akan mempunyai pilihan untuk sistem penghantaran dwi-klac Honda (DCT), yang telah dibina semula khas untuk kegunaan off-road.

Honda CRF1000L 2016 - Lagenda Africa Twin Kembali

Harga rasmi bagi bagi model terbaru Honda CRF1000L Africa Twin masih belum di muktamadkan. Namun Africa Twin sememangnya akan benar-benar kembali di hujung tahun ini. Dan foto rasmi mesin lagenda ini akan membuatkan kita menunggu salah satu bintang Honda tahun ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon