Honda RC213V-S Bakal Di Lancarkan Pada 11 Jun 2015?

Honda RC213V-S Bakal Di Lancarkan Pada 11 Jun 2015? Penerbitan berbahasa Perancis menyatakan bahawa Honda merancang acara dan sidang media perasmian Honda RC213V-S 2015 pada 11 Jun ini - di mana seperti di jangka motorsikal jalanan MotoGP akhirnya di realisasikan dalam bentuk pengeluaran sebenar.

Honda RC213V-S

Pembaca akan mengingati bahawa Honda melancarkan RC213V-S sebagai "prototaip" pada pameran EICMA 2014. Honda telah mengambil langkah yang sama dengan model prototaip yang di beri nama "True Adventure", dan seperti yang telah ketahui mesin itu adalah Honda Africa Twin 2016.

Honda RC213V-S

Dengan Honda Africa Twin kini secara rasmi sebagai model Honda 2016, ramai yang menunggu Honda melakukan perkara yang sama dengan RC213V-S. Semoga tarikh 11 Jun 2015 ini membawa berita yang benar, dan mengakhiri spekulasi kepalsuan mengenai hyperbike itu. Anggaran harga Honda RC213V-S mungkin sekitar dari lima ke enam angka, nampaknya model perlumbaan jalanan ini bukanlah boleh di dapati dengan harga yang murah.

Honda RC213V-S

Mungkin khabar menyatakan sekitar 20 juta yen itu benar? Honda pasti lagi bagaimana untuk meletakkan harga sebenar RC213V-S di pasaran. Honda juga turut enggan bercakap mengenai spesifikasi sebenar. Sudah tentu kita ingin melihat bagaiman komponen dan struktur kedudukan dalaman RC213V-S, tetapi ia tidak jelas berapa banyak komponen yang telah di seimbangkan dari mesin sebenar MotoGP yang berkuasa 260bhp itu.

Honda RC213V-S

Sebuah mesin perlumbaan yang telah pun dalam pembuatan, sudah tiba masanya untuk kita mengetahui proses pengeluaran terakhir. Kita berharap pada 11 Jun ini kita akan melihat Honda RC213V-S akan dapat di tunggang di mana-mana jalanraya di seluruh dunia.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon