Kawasaki Melancarkan Ninja 400 Limited Edition Untuk Pasaran Jepun

Kawasaki mengumumkan satu model edisi khas eksklusif baru Ninja 400 yang akan hanya terdapat di pasaran Jepun yang di panggil Ninja 400 Limited Edition.

Ninja 400 Limited Edition baru ini tidak terlalu jauh perbezaan dari Ninja 400 standart asal. Pada dasarnya perkara yang sama kecuali warna hitam dan emas menghiasi versi edisi terhad ini. Ia hanyalah perubahan kecil, tetapi perlu di akuii bahawa skim warna yang baru ini memberi penampilan yang lebih agresif kepada keseluruhan wajah Ninja 400.

Warna hitam keseluruhan memberikan gaya penampilan yang baru. Pelekat karbon khas pada fairing dan tangki menambah gaya mewah yang di lihat sepadan dengan gaya agresif daripada Ninja itu.

Kawasaki Ninja 400 Limited Edition

Perkara yang sama boleh di katakan untuk jaluran emas yang di gunakan di pelbagai sudut pada fairing itu, sepadan dengan roda, brek, dan suspensi belakang yang juga berwarna emas.

Rupa keseluruhan Kawasaki Ninja 400 Limited Edition ini sesuai dan sempurna dengan nama Ninja itu. Hakikat bahawa hanya 300 unipasti akan membuatkan ramai pembeli yang berminat akan ketinggalan, apatah lagi pembeli yang berminat dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Teruskan mengikuti kami untuk lebih lanjut mengenai versi terbaru Kawasaki Ninja 400 Limited Edition.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon