Yamaha Jupiter MX King 150LC FI 2015 - Edisi Khas Movistar Yamaha Factory Racing

Yamaha Jupiter MX King 150LC FI 2015 adalah lanjutan dari versi Yamaha Jupiter MX135 yang telah di naik taraf enjin baru 150cc dengan sistem suntikan bahan api. Lebih di kenali sebagai Yamaha Exciter FI di Vietnam dan Thailand, di Malaysia model sebelum ini hanya di kenali sebagai Yamaha 135LC.

Yamaha Jupiter MX King 150LC FI 2015

Setelah desas desus mengenai Yamaha Jupiter MX King 150LC FI dengan warna khas replika Movistar Yamaha Factory Racing bertiup kencang di media massa. Kini akhirnya model itu telah dalam pengeluaran di Indonesia. Pasti ramai peminat Yamaha 135LC di Malaysia yang cemburukan rakan-rakan permotoran di negara Asean lain yang dapat melihat dan menunggang versi terbaru moped yang sangat popular di rantau Asean ini. Apatah lagi versi warna edisi khas Movistar Yamaha Factory Racing ini.

Yamaha Jupiter MX King 150LC FI 2015

Hong Leong Yamaha takkan hanya perlu berpuas hati dengan hanya bersandarkan model lama sahaja? Adakah Yamaha 150LC akan menjadi salah satu model terbaru Yamaha di pasaran 2015? Sumber

Yamaha Jupiter MX King 150LC FI 2015

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

3 comments

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon