Yamaha MT-25 Bakal Di Lancarkan Pada 6 Jun 2015?

Sumber dari Indonesia menyatakan bahawa Yamaha MT-25 bakal di lancarkan secara rasmi, dan Yamaha Indonesia sudah pun mempunyai tarikh pelancaranya iaitu 6 Jun 2015. Seperti namanya yang sudah sedia maklum, Yamaha MT-25 adalah versi naked dari sportbike Yamaha YZF-R25.

Yamaha MT-25 Bakal Di Lancarkan Pada 6 Jun 2015?

Di kuasakan enjin berkembar selari 250cc, Yamaha MT-25 di jangka mampu menjadi pencabar hebat kepada Honda CB300F dan Suzuki GW250F, dan menjadi alternatif pilihan dalam segmen motorsikal kategori sportbike suku liter.

Ia akan menjadi menarik untuk melihat jika Yamaha MT-25 mampu mengikut jejak kehebatan Yamaha R25, dengan model 300cc juga bakal di perkenalkan dalam hari pelancaran yang sama, untuk pasaran negara barat. Seperti yang di jangka Yamaha akan meletakkan nama FZ-03 untuk pasaran Amerika, dan MT-03 di Eropah.

Kita perlu tunggu dan lihat, selepas 6 Jun, adakah Yamaha Eropah atau Yamaha Amerika Utara bermula mengiklankan model baru yamaha 2015 di sana.

Sebelum pelancaran rasmi pada tarikh tersebut, saksikan sendiri video promo Yamaha MT-25 yang di hasilkan Yamaha Indonesia, launch party yang hebat!!! seolah mengisyaratkan segala persoalan mengenai Yamaha MT-25 bakal terjawab pada tarikh itu.

Pasti ramai peminat Yamaha di Malaysia tidak sabar menantikan Yamaha MT-25 sebagai model baru Yamaha 2015. Harganya? kami jangkakan murah sedikit dari Yamaha YZF-R25. Ok saksikan video promo Yamaha ini dahulu sebelum debut rasmi.

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

trimakasih,,,
infonya sangat menarik,,
mantap,,

ya sama2, semoga bermanfaat dan terhibur


EmoticonEmoticon