Edisi Istimewa Yamaha YZF-R25 Dan Yamaha YZF-R15 2015 Di Indonesia

Begitu mudah strategi pemasaran Yamaha Indonesia, mereka tahu bahawa Valentino Rossi ikon permotoran yang besar bagi para peminat Yamaha di sana. Dan juga sebagai menghargai kesetiaan para peminat mereka. Yamaha Indonesia telah mengeluarkan warna dan grafik istimewa Yamaha YZF-R25 Dan Yamaha YZF-R15 2015 Edisi Khas Movistar Yamaha Racing Team Dan Monster Yamaha Tech3.

Edisi Istimewa Yamaha YZF-R25 Dan Yamaha YZF-R15 2015 Di Indonesia

Kedua-dua Yamaha YZF-R15 dan YZF-R25 akan di tawarkan di warna dan grafik yang sama seperti mesin YZR-M1 Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo kini menggunakan dalam pasukan Movistar Yamaha Racing Team pada musim MotoGP 2015 ini.

Bukan warna biru Movistar sahaja, malah warna hitam, hijau dan kuning rasmi pada pasukan satelit Monster Yamaha Tech3 juga turut dalam senarai tersedia di beli. 

Lebih menarik lagi, Yamaha juga membuka pilihan untuk mempunyai memilih nombor tunggangan yang di guna oleh  Rossi, Lorenzo, Smith dan Espargaro di kedua-dua model YZF-R15 dan YZF-R25 yang bakal di beli oleh pelanggan mereka.

Ini bukan mengejutkan bagi pasaran di Indonesia, dengan memperkenalkan warna replika perlumbaan ini, Yamaha Indonesia mengambil kesempatan penuh dengan pengenalan Yamaha YZF-R25 dan YZF-R15 yang mendapat sambutan baik sebelum ini bagi mengukuhkan lagi jenama mereka dalam segmen ini.

Edisi Istimewa Yamaha YZF-R25 Dan Yamaha YZF-R15 2015 Di Indonesia

Sesuatu yang tidak sepatutnya di lepaskan, apatah lagi warna dan grafik sebegini sememangnya terhad dan suatu hari nanti ianya memang mahal dari segi estetika dan kualiti.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon