Ducati Monster 1200S Dan Monster 821 2015 Dengan Warna Jalur Baru

Ducati telah menambah gaya pada Ducati Monster 1200S dan Monster 821 2015- Merah dan jalur baru putih sebagai lambang kepantasan Ducati! Monster 1200S 2015 mendapat warna merah dan jalur putih pada bahagian mudguard, tangki dan penutup seat penumpang belakang, di tambah dengan casis di cat merah dengan roda berwarna hitam. 

Ducati Monster 1200S Dan Monster 821 2015 Dengan Warna Jalur Baru

Terdapat juga fairing mikro merah dengan windshield, carbonfibre belt covers dan Ducati Performance undertail plate holder machined daripada aluminium. Ducati Monster 1200S di lengkapi dengan enjin 1198cc Testastretta V-twin yang menghasilkan 145bhp, Monster 1200S juga turut di lengkapi top-spec running gear, single-sided aluminium swingarm, fork depan boleh laras penuh 48mm dari jenis Ohlins dan juga suspensi belakang dari model yang sama, brek depan dengan cakera berkembar 330mm dengan angkup Brembo M50

Ducati Monster 1200S Dan Monster 821 2015 Dengan Warna Jalur Baru

Bagi pencinta gajet dan Gizmos, ada panel meter dengan instrumentasi TFT, sistem ABS 3 peringkat, kawalan cengkaman 8 tahap, mod tunggangan pelbagai, LED Indicator, mudguard depan dari jenis carbonfibre dan seat yang boleh di laras ketinggian. Ducati Monster 821 juga mendapat skim warna merah dengan jalur putih di bahagian mudguard depan, tangki dan juga penutup seat penumpang belakang, dengan casis berwarna merah dan roda hitam. 

Ducati Monster 1200S Dan Monster 821 2015 Dengan Warna Jalur Baru

Di kuasakan enjin 821cc Testastretta V-twin yang menghasilkan 112bhp, ABS 3 peringkat dan sistem kawalan cengkaman 8 tahap. Sistem suspensi adalah dari jenis boleh laras sepenuhnya, fork depan dari Kayaba 43mm dan suspensi belakang dari jenis Sachs. 
Ducati Monster 1200S Dan Monster 821 2015 Dengan Warna Jalur Baru

Terdapat juga peralatan LCD, ketinggian seat boleh di laras dan fairing mikro warna merah dengan windshield. Walaupun sedikit sentuhan ringkas, Ducati Monster 1200S dan Monster 821 2015 tetap unggul dalam kelasnya. Menjadi idaman setiap peminat motorsikal dunia. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon