Honda RC213V-S 2015 Di Lancarkan Secara Rasmi - Harga US$184,000

Akhirnya yang di nanti telah tiba, Honda secara rasmi telah melancarkan Honda RC213-VS sempena pusingan perlumbaan MotoGP Catalan baru ini di Sepanyol. Dengan di saksikan oleh seluruh peminat permotoran yang di tonton secara live stream pada minggu lalu.


Honda RC213V-S 2015 di letakkan tanda harga sekitar US$184,000 bagi pasaran Amerika, €188,000 bagi pasaran Eropah. Di Jepun sendiri harganya sekitar ¥21,900,000 dan di Australia sekitar $244,000. Jadi ianya adalah motorsikal yang cukup istimewa yang perlu di bayar dengan harga yang juga istimewa. Cara pembelian juga agak istimewa, para pelanggan yang mahukan model ini perlu membuat tempahan di sebuah website khas yang di bangunkan oleh Honda dan di buka secara rasmi pada 16 Julai ini.


Mungkin masih ramai yang tidak tahu, Honda RC213V-S akan di pasang secara kerja tangan di sebuah kilang khas di Kumamoto Jepun, dengan target pengeluaran sebuah motorsikal sehari.


Seperti yang di jangkakan, Honda RC213V-S di kuasakan enjin 90˚ V4 999cc, yang mempunyai titanium rod yang menghubungkan sand-cast aluminum crankcase. Kuasa sebenarnya adalah 210hp (termasuk pengunaan kit perlumbaan) Seperti mesin MotoGP, tangki bahan api itu terletak di bawah tempat duduk penunggang, yang di tutup dengan bodywork gentian karbon.


Komponen lain yang terdapat pada RC213V-S ini ialah swingarm, slipper clutch, roda magnesium Marchesini, pressurized Öhlins forks, adjustable footrests dan foot controls, dan brek semestintya dari model Brembo. Untuk sistem elektronik, terdapat lima mode tunggangan, traction control system,  engine braking control, quickshifter dan inertial measurement unit (IMU).


Namun agak pelik di sini, Honda tidak menetapkan kuasa kuda standart bagi setiap pasaran di seluruh dunia. Di pasaran AS, Honda RC213V-S akan di tala untuk 101hp pada 8,000 rpm, di Eropah dan Australia, RC213V-S yang akan di beri kuasa 157hp pada 11,000 rpm.


Anda sudah bersedia dengan kuasa Honda RC213V-S 2015, jika ini impian anda, nantikan laman tempahan rasmi www.RC213V-S.com dan penghantaran adalah selewatnya hujung tahun ini.


Spesifikasi Honda RC213V-S 2015


Engine: Fuel-injected 999cc liquid-cooled DOHC 16-valve V4
Power and Torque: 210+ bhp (with the optional track-use-only kit) and 118Nm
Transmission: Dry multiplate clutch, 6-speed constant mesh
Fuel tank capacity: 20 litres
Wheels and tyres: 17-inch (front and rear), 120/70 (front), 190/55 (rear)
Weight: 170kg dry
More Details

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon