Honda RC213V-S Debut Pertama Di Asama Hill Climb Jepun

Honda telah melakukan debut Honda RC213V-S 2015 pertama di jalan di Asama Hill Climb, Jepun sebelum debut pelancaran rasmi pada 11 Jun ini, dengan penunggang ujian factory HRC, Hiroshi Aoyama telah menunggang model baru honda 2015 itu buat pertama kali di khalayak ramai pada majlis debut itu pada hari Ahad 3 Jun lalu.

Honda RC213V-S Debut Pertama Di Asama Hill Climb Jepun

Pada tahun 2012, Honda mengumumkan hasrat syarikat untuk membina motorsikal replika MotoGP, dengan satu daripada sebab utama di sebalik pembangunan ini kerana keinginan dari jurutera-jurutera muda Honda untuk membangunkan model RC30 dengan cara mereka sendiri. Prototaip terakhir Honda RC213V-S telah di umumkan pada pameran di Milan pada bulan November 2014, dengan Marc Marquez menunggang sendiri dari salah satu daripada kedua-dua versi di tunjukkan ke pentas utama.

Honda RC213V-S Debut Pertama Di Asama Hill Climb Jepun


Bagaimana RC213V-S Mirip Seperti Mesin MotoGP?


"Honda tidak suka memanggilnya replika, kerana ia bukan seperti begitu. Jika anda melihat motor Marc Marquez dan juga motor MotoGP pasukan lain, ini adalah peringkat seterusnya," kata Pengurus Honda Eropah, Dave Hancock.

"Tetapi ianya begitu hampir sekali; casis, swing arm, roda, suspensi, crankcases, tangki minyak, penutup tangki, badan pendikit dan seat unit benar-benar sama dengan apa yang di tunggang oleh Marquez. Cuma tiada injap pneumatik dan kotak gear khas, dan beberapa bahagian dalaman adalah berbeza. Con rod adalah dari bahan yang berbeza, dan omboh adalah reka bentuk yang berbeza kerana ia adalah motorsikal jalan raya. Jika kita membinanya sebagai enjin perlumbaan, anda akan sentiasa memeriksa ia dari mula hingga akhir. "

Honda RC213V-S Debut Pertama Di Asama Hill Climb Jepun

Shinji Aoyama, Ketua Pegawai Operasi Honda Motor Company, baru-baru ini memberitahu, " Kami mampu menghasilkan beberapa unit yang di minta, kami tidak boleh membina dalam unit yang besar kerana cara ianya di bina dan kaedah pengeluaran adalah sama sekali berbeza dengan sebuah motosikal komersil biasa. Terdapat unsur-unsur seperti sandcasting enjin yang menghadkan bilangan berapa banyak motorsikal yang boleh kita bina. Tetapi sekarang kita masih tidak tahu dengan tepat berapa banyak kami akan membina Honda RC213V-S ini."

Honda RC213V-S Debut Pertama Di Asama Hill Climb Jepun

"Satu atau dua unit setiap hari adalah had kapasiti pengeluaran kami, kerana bahagian komponen enjin tidak sama spesifikasi seperti mesin MotoGP, yang memerlukan banyak ruang dan pekerja yang ramai untuk membinanya seperti motorsikal pengeluaran biasa. Rancangan kami adalah untuk membina motorsikal ini di kilang Kumamoto di Jepun di mana kita mempunyai kawasan di mana kita mempunyai pekerja paling berpengalaman yang akan membina motor itu. Ini adalah berasingan dengan pusat pengeluaran utama.

"Saya fikir ramai peminat permotoran yang akan mengilai motor ini di UK! Kita tahu sangat ramai yang berminat RC213V-S ini di pasaran UK. " Kata Shinji Aoyama lagi.

Honda RC213V-S Debut Pertama Di Asama Hill Climb Jepun

Hanya satu persoalan sebelum debut rasmi Honda RC213V-S 2015 pada 11 Jun ini, adakah model lumba jalanan ini akan berada di jalan raya Malaysia tahun ini? Dengan harga hampir setengah juta Ringgit, ini bukanlah persoalan bagi yang obses...

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon