Kawasaki Versys 650 2015 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM38,369

Kawasaki Versys 650 2015 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM38,369, versi baru Versys ini menerima pelbagai peningkatan baru dengan pakej rekabentuk yang lebih baik. Bagi yang baru mengenali model ini, Versys adalah model mid-range untuk mereka yang sukakan aktiviti touring yang paling popular di Malaysia, dengan lebih daripada 6000 unit yang terjual sejak di pasarkan pada tahun 2007.

Kawasaki Versys 650 2015

Di gelar sebagai ‘the SUV of bikes’, Kawasaki Versys 650 2015 di kuasakan enjin 649 cc berkembar selari yang mampu menghasilkan kuasa 69 PS pada 8500 rpm dan 65 Nm tork pada 7000 rpm, kuasanya lebih tinggi dari model lama. Kuasa enjin di kawal baik dengan transmisi gear enam kelajuan dan telah di olah dengan beberapa bahagian komponen dalaman dari jenis baru danECU juga telah di tala semula bagi menghilangkan getaran semasa rpm tertinggi.

Kawasaki Versys 650 2015

Bukan itu sahaja, Kawasaki Versys 650 2015 juga di lengkapi dengan sistem suspensi yang telah di pertingkatkan. Suspensi hadapan dari jenis terbalik Showa 41mm dengan ajuster Pramuat di sebelah kiri dan pemulihan redaman di sebelah kanan manakala suspensi belakang dari jenis monoshock dengan satu adjuster. Kuasa brek juga di tingkatkan dengan cakera brek kelopak baru (300 mm di bahagian hadapan, 250 mm di belakang) yang datang dengan angkup baru, pad brek juga jenis baru dengan master silinder pam brek telah di setup semula dari segi tekanan.

Kawasaki Versys 650 2015

Antara penambahbaikkan lain adalah angki bahan api kepada 21 liter, yang menampung bahan api 2 liter lebih daripada model sebelumnya, rubber mounting enjin juga jenis baru, handlebar dan footpeg serta under-engine muffler telah menjimatkan ruang di bawah tempat duduk penunggang, di samping menyumbang kepada pemusatan massa.

Kawasaki Versys 650 2015

Kawasaki Versys 650 2015 jelas di ilhamkan dari Ninja, dengan lampu sebelum ini di gantikan dengan lampu berkembar yang ikonik dan di samping rekabentuk fairing juga baru. Windscreen juga lebih besar berbanding sebelum ini dan boleh di naikkan dan di turunkan sebanyak 60 mm tanpa perlu menggunakan sebarang alat.

Kawasaki Versys 650 2015

Pada bahagian belakang Kawasaki Versys 650 2015 juga mendapat reka bentuk ekor baru dan bagasi pemasangan sistem bersepadu yang membolehkan panniers hanya di klip jika tidak di gunakan. Sistem pemasangan adalah sebahagian daripada subframe yang baru di reka, bersama dengan roda 17 inci, menyebabkan muatan menjadi lebih tinggi.

Kawasaki Versys 650 2015

Kawasaki Versys 650 2015 hanya terdapat warna hitam sahaja buat masa ini, model baru Kawasaki 2015 ini berharga dari RM38,369 (Harga tanpa insuran, termasuk GST). SumberWemotor

Kawasaki Versys 650 2015

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon