KTM RC250 Dan KTM Duke250 2015 Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Sensasi terbaru dari KTM Malaysia, KTM RC250 dan KTM Duke250 2015 bakal di lancarkan di Malaysia tidak lama lagi, seperti yang telah di maklumkan oleh laman Facebook rasmi KTM FB sebagai dari langkah mengukuhkan jenama mereka dalam pasaran sportbike di Malaysia.

KTM RC250 Dan KTM Duke250 2015

Masih belum ada tarikh rasmi dari KTM Malaysia mengenai bilakah dua model yang agak laris di pasaran Malaysia ketika ini akan di lancarkan secara rasmi dengan anjakan enjin 250cc. Walaupun masih tiada butiran spesifikasi rasmi mengenai RC250 dan Duke250, namun di jangka dua model ini tidaklah terlalu jauh berbeza dari model sebelum ini.

KTM RC250 Dan KTM Duke250 2015

Namun apa yang pasti KTM pasti telah mengkaji pasaran di Malaysia dengan majoriti penunggang dan peminat KTM adalah dari mereka yang hanya memiliki lesen kelas B2, lesen yang membenarkan hanya untuk tunggangan motorsikal yang berkuasa tidak melebihi 250sp, menjadikan RC250 dan Duke250 akan dapat di miliki oleh kelompok yang telah di sasar. Dari segi prestasi KTM RC250 dan Duke250 pasti tidak menghampakan di samping harga yang mampu milik, tetapi sebelum pelancaran rasmi.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon