KTM RC250 Dan KTM Duke 250 2015 Di Lancarkan - Harga Asas RM18,888 Dan RM 17,888

Setelah desas desus mengenai bilakah KTM RC250 dan KTM 250 Duke akan di lancarkanhari ini secara rasminya KTM Malaysia telah melancarkan KTM RC250 dan KTM Duke250 2015 dengan harga asas yang agak kompetitif.

KTM RC250 Dan KTM Duke 250 2015 Di Lancarkan - Harga Asas RM18,888 Dan RM 17,888

Sedikit mengenai spesifikasi KTM RC250 Dan KTM Duke250 2015, kedua model ini di kuasakan enjin satu silinder DOHC 248.8cc dengan suntikan bahan api dan sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 31hp pada 9000rpm dan kuasa tork maksimum 24Nm pada 7250rpm. Angka yang agak memberangsangkan bagi sebuah enjin satu silinder.

KTM RC250 dan KTM Duke250 2015 merupakan dua model terbaru 2015 dari KTM di datangkan dengan harga asas RM18,888 bagi model KTM RC250 dan RM17,888 bagi model KTM Duke250 (harga tidak termasuk insuran dan cukai jalan).

KTM RC250 Dan KTM Duke 250 2015 Di Lancarkan - Harga Asas RM18,888 Dan RM 17,888

Bagaimana pendapat anda? Adakah KTM RC250 dan KTM Duke250 datang pada masa yang tepat setelah populariti model KTM 200cc dan 390cc sedang meningkat naik? Mungkin ya atau tidak... Bagi yang baru berkira-kir mencari model 250cc dengan harga bajet, mungkin ini yang anda cari. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

6 comments

Yang top speed tu kami tidak di beritahu, tapi pada pendapat kami mungkin tiada jauh beza dengan model 200cc sebelum ini

Ade dgr2 yg enjin Ktm 300cc kebawah ni enjin dari company Bajaj india dimane Ktm hanye fokus pade casis dan design.. mohon pengesahan otai-otai semua..

Bajaj tu lebih kurang macam modenas dengan kawasaki, so bajaj under ktm

Tambahan 50CC macam x berapa nak pergi jer kan.


EmoticonEmoticon