Yamaha MT-25 2015 Secara Rasmi Di Lancarkan Di Indonesia - Harga Asas RM12,918.00?


Yamaha Motor Indonesia secara rasmi telah melancarkan Yamaha MT-25 2015, model naked dari versi asal Yamaha YZF-R25 2015, sekaligus menambah senarai pilihan model baru Yamaha 2015 bagi bersaing dalam kategori 250cc. Seperti namanya, MT-25 di kuasakan enjin berkembar selari 249cc sama seperti model asal Yamaha YZF-R25.

Ini bermakna Yamaha MT-25 lebih baik dari YZF-R25 walaupun kedua model ini berkuasa yang sama pada 35.5hp/16.7 Ibs tork dengan berat MT-25 termasuk satu tangki penuh petrol 3.7 gelen hanya sekitar 363 pound, hanya 1 kg lebih ringan dari R25.

Di hasilkan buat kali pertama di Indonesia ( mungkin di ikuti pengeluaran di negara Asean lain selepas ini termasuk India ), MT-25 di jangka akan mampu bersaing dengan model 250cc yang sedia ada di mana-mana pasaran seluruh dunia. Kawasaki, Honda dan KTM pasti akan mula merasa bahang persaingan ini...

Perbezaan besar Yamaha MT-25 2015 adalah handle bar yang lebih tinggi yang memudahkan tangan untuk memegang kemas handle tanpa perlu terlalu membongkok ke depan. Dengan ketinggian tempat duduk sama seperti YZF-R25 hanya 780mm, MT-25 adalah nakedbike yang cukup selesa untuk di bawa meredah kesesakkan traffik di samping tanpa mengorbankan faktor kuasa dan kelajuan.

Yamaha MT-25 2015 di datangkan dengan tiga warna pilihan menarik iaitu Silver Blue, Red Rage dan Black Strike, dengan harga rasmi di Indonesia sekitar Rp46 juta atau harga Yamaha MT-25 di Malaysia mungkin RM12,918.00 ( anggaran harga tidak rasmi ) sekiranya MT-25 di perkenalkan di pasaran tempatan tahun ini.

Agak-agak bila Hong Leong Yamaha Malaysia nak bawa masuk ni...


I'm Big Fan Of Motorcycles

18 comments

Wow cun. MT25. Ada LED lagi atas headlamp tu. Kalau masuk Malaysia agak2 OTR price dia memang dalam rm18-19k tu. Apa macam KawanSakit Z250? Tak turun harga ke? hihi.

Yang tu masih belum ada info rasmi dri HLYM, mungkin rate harga begitulah, faham2 jerla Malaysia ni kan hehe

aduhhhh...bila nak masuk malaysia ? saya tak tahan lagiiiii

Hope hujung tahun ini adalah model ni masuk Malaysia

Model MT25 ini memang ditunggu oleh penunggang kelas pertengahan yang gilakan model jenis naked. Menunggang dengan keselesaan jarak sederhana, mampu milik dan kurang kos penyelenggarraan. Harga dibawah RM15k boleh menjadi pesaing utama bagi model sekelasnya seperti kawa 250sl, ktm200 dan lainlain. Harap segerakan.

Itu yang sepatutnya, model yang menarik, kurang kos penyelenggaraan dan harga mampu milik pasti akan menjadi pilihan utama

Nak tanya sikit, ktm duke tu die tinggi tak kos penyelenggaraan die?
saya dengar ktm tak boleh gune minyak biase2.mesti motorex!
arena-boleh beri pendapat?

nak tanya, kat mana saya boleh dapatkan harga terkini OTR bagi kesemua jenis motorsikal?

R25 dah RM20k cash price. MT25 mesti dalam RM17-18K bro. Full fairing bike biasanya mahal RM2-3K dari naked bike bro.

Baru2 ni tengok dekat kedai OTR R25 RM22,500.00... So x mustahil MT25 ni RM20k OTR...

Bila la MT25 nak masuk ni.penantian satu penyiksaan

Pergh walaupun naked dia lagi ringan dari r25...harap2 cpt masuk malaysia

Malaysia ingat dia maju rupanya selalu ketinggalan (khasnya Hong Leong ). India, indon dan Thailand terkedepan. Terlampau nak untung. Frust

Beli kawasaki z250l lagi baik

agak2 mest harga 17-18k. mana mau lugi maaa

bila lah YAMAHA nak keluarrr MT-25 ni, berjanggut aku tunggu dah ni...

Motorex bagus untuk KTM sebab diuji secara official oleh mereka, cth Shell dengan Ferrari


EmoticonEmoticon