Aprillia SR Max 300 2015 Di Lancarkan - Harga RM28,000 Untuk 50 Pembeli Terawal

Pengimport rasmi Aprilia, Naza Premira Sdn Bhd telah melancarkan Aprillia SR Max 300 – sebuah skuter yang di kuasakan enjin 278cc dengan elemen DNA sport Aprilia sebenar,  selepas mempunyai skuter berprestasi tinggi Aprillia SRV 850 di dalam barisan produk yang di tawarkan di Malaysia.

Aprillia SR Max 300 2015 Di Lancarkan

Mampu menghasilkan 22hp dan 23Nm tork, dengan berat kering hanya 161kg, Aprillia SR Max 300 sesuai untuk di gunakan sebagai pengangkutan harian mahupun perjalanan jauh, dengan kedudukan menunggang yang tegak dan lebih mudah di kawal, Ia memberikan gambaran elemen Aprilia yang tepat, menawarkan praktikaliti, serba boleh dan prestasi dalam satu platform.

Aprillia SR Max 300 2015 Di Lancarkan

Untuk memastikan kestabilan berada di tahap optimum, SR Max 300 di lengkapi dengan suspensi besar penyerap hidraulik 35mm di hadapan dan penyerap yang boleh di laras pra beban di belakang bagi menjamin keselesaan tunggangan.

Aprillia SR Max 300 2015 Di LancarkanDalam aspek praktikaliti, Aprilia SR Max 300 menyediakan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduknya, boleh menmpatkan sebuah helmet muka penuh (fullface) dan pelbagai lagi kelengkapan menunggang atau barangan lain. Terdapat soket pengecas untuk alat elektronik. Aspek ergonomik turut di terapkan pada SR Max 300, di mana tempat duduk  dwi warnanya di perbuat daripada fabrik sport yang di lengkapi penyokong belakang untuk keselesaan penunggang manakala bahagian penumpang pula cukup lebar.

Aprillia SR Max 300 2015 Di Lancarkan

Aprilia SR Max 300 boleh di dapati dalam dua warna iaitu Merah Nero Aprilia dan Putih Bianco Glam. Harga Aprillia SR Max 300 2015 ialan RM28,800 (termasuk GST, tanpa insurans) bagi 50 pembeli terawal. Harga normal ialah RM31,800 (termasuk GST, tanpa insurans). Jaminan pengeluar adalah selama dua tahun atau 20,000km. Sumber

Spesifikasi Aprillia SR Max 300 2015


Enjin: 278cc, satu silinder, 4 strok, 4 injap
Transmisi: Automatik CVT dengan Torque Server
Kuasa maksimum: 22hp @ 7,250rpm
Tork maksimum: 23Nm @ 6,000rpm
Suspensi hadapan: Fork teleskopik hidraulik 35mm
Suspensi belakang: dua penyerap hentak hidraulik dengan pelarasan spring
Brek hadapan: cakera 260mm
Brek belakang: cakera 240mm
Kapasiti tangki: 15.5 liter
Harga: RM RM28,800 (termasuk GST, tanpa insurans) bagi 50 pembeli terawal

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon