Harga Petrol RON95 RON97 Dan Diesel Terbaru Julai 2015 Di Malaysia

Harga petrol RON95 RON97 dan Diesel terbaru Julai 2015 di Malaysia akan berubah setiap bulan apabila Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menghentikan subsidi ke atas bahan api itu di Malaysia. 

Dan oleh kerana itu, harga runcit bagi semua bahan api petrol kenderaan RON95, RON97 dan diesel akan di semak setiap akhir bulan selepas jam 8 malam dan pihak KPDNKK mengumumkan harga baru petrol terkini melalui media seperti di nyatakan oleh Menteri KPDNKK iaitu Datuk Seri Hasan Malek, tetapi terdengar juga beliau menyatakan hanya akan memaklumkan kepada kepada pengusaha petrol station tapi tidak kepada rakyat, kalau benar memang pening menteri sorang ni...

Rasional Di Sebalik Pemansuhan Subsidi Petrol Di Malaysia

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang masih tidak memahami bahawa subsidi untuk petrol RON97 telah lama di hentikan, manakala harga petrol untuk RON95 dan Diesel akan menggunakan mekanisma penentuan harga runcit bagi bahan api itu mengikut prinsip pengapungan bersandarkan harga minyak dunia, dan ianya telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2014 lalu.

Dan mulai 1 April 2015, harga untuk petrol RON97 akan di kenakan GST, manakala untuk petrol RON95 dan diesel tidak di kenakan GST.

Harga Petrol RON95 RON97 Dan Diesel Julai 2015

Terkini, KPDNKK telah memaklumkan harga minyak petrol untuk bulan Julai 2015 di sahkan akan naik sebanyak 20 sen seliter bagi petrol RON97 manakala sebanyak 10 sen seliter bagi petrol RON95. Walaubagaimanapun, harga untuk Diesel kekal pada RM2.05 seliter.

Harga terkini RON95 RON97 dan Diesel terbaru Julai 2015 adalah seperti :

  •     RON95 - RM 2.15 Sen Seliter
  •     RON97 - RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
  •     Diesel - RM2.05 Sen Seliter

Mungkin kenaikkan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan persiapan dan perbelanjaan rakyat terutama di musim perayaan begini. Walau bagaimana pun kita sebagai rakyat marhaen berharap agar harga bahan api ini dari semasa ke semasa akan turun bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat. Sumber : Hasrul Hassan

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

Sepatutnya kena kekal kerana harga minyak mentah dunia dibawah 64usd setong secara purata.dan terkini 62usd setong.hairan mcmmana boleh naik.terima kasihla KERAjaan

Pening kan? Zaman Tun Mahathir juga yang terbaik...


EmoticonEmoticon