JKJR Perak Edar 1100 Topi Keledar Percuma Sempena Aidilfitri

JKJR Perak Edar 1100 Topi Keledar Percuma Sempena Aidilfitri

JKJR Perak Edar 1100 Topi Keledar Percuma Sempena Aidilfitri. Dalam usaha mendidik pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, supaya mementingkan keselamatan menjelang Aidilfitri, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perak mengambil inisiatif mengedarkan 1,100 topi keledar untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma sempena Aidilfitri ini.

Selain topi keledar, JKJR juga turut mengedarkan pelekat reflektif yang direka khas serta minyak pelincir motosikal sumbangan Petronas bersempena kempen Tiada Minggu Tanpa Advokasi.

Menurut Pengarah JKJR, Laila Mazwin Zakaria, kempen dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menggunakan topi keledar yang mengikut piawaian.
800 topi keledar untuk orang dewasa dan 300 lagi untuk kanak-kanak kita edarkan seluruh Perak mengikut kawasan terpilih kerana kita mahu mengajar penunggang dan pembonceng motosikal, bukan hanya pakai topi keledar tetapi perlu memakainya dengan cara betul di samping menggunakan topi yang diluluskan oleh SIRIM," katanya pada sidang media ketika mengadakan kempen itu di Batu Gajah pada Rabu.
Sempena pelancaran kempen itu, 80 topi keledar untuk dewasa dan 40 untuk kanak-kanak telah diedar kepada pengguna jalanraya itu.

Laila memberitahu, kempen itu yang turut dibantu 282 sukarelawan IM4RoadSafety seluruh Perak akan diperbanyakkan lagi menjelang Aidilfitri bagi mengurangkan kadar kemalangan. Sumber : Perak News

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

Waaahhh bestnye tapi motor dah takde . Ade kereta sahaja . Tetibe rindukan zaman motor dlu xD

boleh berkecimpung balik tu bro


EmoticonEmoticon