Suzuki GSX-R 2015 - Edisi Special 30th Anniversary Livery

Suzuki GSX-R 2015 - Edisi Special 30th Anniversary Livery

Suzuki GSX-R 2015 edisi Special 30th Anniversary Livery telah di perkenalkan pada media sempena GP Jerman. Suzuki bukan sahaja mempamerkan model Special 30th Anniversary Livery khas untuk model GSX-R, tetapi termasuk juga model GSX-RR untuk MotoGP.

Suzuki GSX-R 2015 - Edisi Special 30th Anniversary Livery

Seperti namanya,
Suzuki GSX-R 2015 edisi Special 30th Anniversary Livery telah terjual lebih dari satu juta unit sejak debut pertama pada tahun 1985. Dan model istimewa ini boleh di dapati di pasaran seluruh dunia walaupun harganya masih belum rasmi lagi.

Suzuki GSX-R 2015 - Edisi Special 30th Anniversary Livery

Walapun
hanya dengan perubahan grafik baru dari Suzuki, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa firma Jepun itu merancang untuk mengemaskini model siri GSX-R dalam masa terdekat, dengan sesuatu yang lebih serupa dengan model GP semasanya.


Kata Kevin Schwantz dalam akhbar Suzuki

Pertama kali saya menunggang GSXR pada tahun 1985 di Suzuka 8-Hour bersama Graeme Crosby, Kami tidak mendapat Suzuki GSX-R di Amerika Syarikat sehingga tahun 86, tetapi kami berlumba  untuk mereka di American Superbike dalam tahun 86 dan 87. Saya memenangi perlumbaan Daytona 200 dengan Suzuki GSX-R pada tahun 1988 dan terus berlumba dalam perlumbaan 8 hour endurance semasa musim 1992.

Saya telah terlibat dengan Suzuki dan berlumba untuk Suzuki sepanjang kerjaya saya dan telah melihat GSX-R berkembang. Saya suka untuk berfikir bahawa sebahagian daripada perlumbaan Grand Prix saya membantu dengan beberapa pembangunan GSX-R, mungkin beberapa teknologi yang mereka pelajari daripada GP adalah untuk perkembangan dan pengeluaran GSX-R. Sama ada ia adalah 600, 750, 1000.

GSX-R adalah ground-breaking technology, terkini dan perkara yang paling penting apabila ia di lancarkan, ia terus menjadi motorsikal yang menggerunkan, pengendalian yang hebat dan ia masih sangat kompetitif di Suzuka 8 Jam. Dengan lebih satu juta GSX-R di buat adalah untuk mengatakan bahawa ada berjuta-juta orang yang telah membeli, menunggang dan menyayangi GSX-R.

Suzuki GSX-R pada saya adalah definisi sportbike sebenar. Apabila GSX-R keluar secara sepenuhnya ianya akan mengubah definisi sportbike dan ia terus bertambah baik sejak itu.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon