Benelli TnT600 GP Edition 2015

Wow!!! Benelli TnT600GP Edition 2015 ini mungkin di antara varian model TnT yang paling menarik dari segi skim warna sejak model nakedbike 600 paling laris dan termurah di Malaysia ini di perkenalkan.

Benelli TnT600 GP Edition 2015

Adakah anda telah melihat model TnT600 GP Edition ini di mana-mana bilik pameran Benelli atau kedai motorsikal berhampiran anda? mungkin... tapi buat masa ini masih belum lagi kami melihat model Benelli TnT600 GP Edition ini benar-benar telah di pasarkan.

Benelli TnT600 GP Edition 2015

Benelli TnT600 GP Edition 2015 mungkin adalah varian model baru Benelli dan TnT600 untuk 2015 ini sebagai dedikasi kepada sambutan baik model ini di pasaran seluruh dunia. Bertempat di Litar Sepang pada perlumbaan WSBK baru ini, model GP Edition ini telah di pertontonkan khas pada pengunjung yang hadir.

Benelli TnT600 GP Edition 2015

Benelli TnT600 GP Edition 2015 ini menerima kemasan khas warna emas pada kerangka terelis dan rim dengan mengunakan warna emas powder coating dan warna emas yang di warnakan mengunakan teknologi anodized pada bahagian rim. Gabungan warna matt black dan matt gold bermula dari mudguard depan, tangki dan tabung muffler yang turut di warnakan emas dan hitam menyerlahkan lagi penampilan model GP Edition ini.

Benelli TnT600 GP Edition 2015Lain-lain spesifikasi Benelli TnT600 GP Edition ini kekal standart seperti spesifikasi model asal dan tidak di lupakan tanda GP Edition pada mudguard depan, sisi tangki dan muffler sebagai pelengkap pada model istimewa Benelli TnT600 GP Edition 2015 ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

3 comments

Bike ada kat HL jln rasah seremban i dah pi tengok cun tapi i jumpa lepas ambik tnt 600.warna merah


EmoticonEmoticon