3 Warna Baru Kawasaki Z1000 Untuk Pasaran 2016

3 Warna Baru Kawasaki Z1000 Untuk Pasaran 2016 | Terkini dari Kawasaki, setelah Kawasaki Z800 2016 mendapat 4 warna terbaru. Kawasaki juga turut mengumumkan 3 warna baru Kawasaki Z1000 untuk pasaran 2016 di samping peningkatan spesifikasi untuk lebih prestasi.

3 Warna Baru Kawasaki Z1000 Untuk Pasaran 2016

Kawasaki Z1000 untuk pasaran 2016 telah menerima update warna terbaru yang lebih menarik iaitu warna Candy Crimson Red dengan fork depan juga berwarna Crimson Red selain Metallic Matte Graphite Gray dan Pearl Stardust.

3 Warna Baru Kawasaki Z1000 Untuk Pasaran 2016

Ciri-ciri spesifikasi Kawasaki Z1000 2016 juga telah di kemaskini. Kini ia di lengkapi dengan sistem slipper clutch yang membantu untuk 'slide' klac semasa operasi brek enjin yang menyebabkan lebihan kuasa tork. Operasi tuil klac juga telah di ringankan kira-kira 30% untuk menjadikannya lebih mudah pengunaan klac dan meningkatkan keselesaan.

3 Warna Baru Kawasaki Z1000 Untuk Pasaran 2016

Selain daripada itu, tidak ada perubahan dalam ciri-ciri spesifikasi dan kuasa kuda/tork enjin 4 silinder DOHC sejukan cecair dan suntikan bahan api 1000cc ini masih kekal seperti versi sebelumnya. Kawasaki Z1000 2016 ini di jual pada harga RM79,000 asas tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

hebat motor awak semu


EmoticonEmoticon